Hati Leroy Sane remuk-redam ketika diketepikan pengurus Jerman, Joachim Low, daripada skuad 23 pemain juara bertahan itu dalam Piala Dunia Perancis tahun lalu.
Kehilangan tempatnya kepada Mario Gomez (Stuttgart), Thomas Müller (Bayern Munich), Marco Reus (Dortmund) dan Timo Werner (Leipzig), bintang Manchester City itu, bagaimanapun, tidak menaruh rasa dendam.
Keterbatasan waktu bermain di bawah sistem penggiliran Pep Guardiola di sebalik City bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika itu, menyedarkannya terhadap tipisnya peluangnya untuk menambat perhatian pengendali skuad Die Mannschaft itu.
Anehnya, Sane telah membuktikan dirinya mampu mengubah permainan dalam sekelip mata. Dia boleh menyelinap melepasi pertahanan lawan dengan mudah dan jika dibenarkan meneruskan lariannya di bahagian sayap, ikhtiar menghalangya hampir menuntut keajaiban.
Di Jerman, bagaimanapun, dia dilihat secara berbeza. Sambil Sane dianggap senjata penting dalam kuasa gempur Guardiola, dia berhempas-pulas untuk menyesuaikan diri dalam sistem permainan Lowe.
Sekadar 12 penampilan antarabangsanya menjadi bukti, dengan hanya enam daripadanya adalah dalam kesebelasan permulaan – satu statistik yang tidak dibantu oleh ketiadaan jaringannya menjelang pemilihannya ke Piala Dunia 2018 itu.
Kini, Sane, 23, kembali di tengah-tengah persimpangan dilema – di antara kekal bersama City yang berkongsi dengannya tiga kejuaraan, EPL, Piala Liga dan Piala FA, pada musim 2018/19 dan menyambut tawaran Bayern Munich yang akan lebih membuka ruang buatnya menganggotai barisan Jerman dalam Piala Dunia 2022 di Qatar.
Kita barangkali sudah boleh mengagak pendirian Pemain Muda Terbaik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) 2018 itu – yang tentunya tidak mahu pisang berbuah dua kali – yang akan diumumkannya dalam waktu terdekat ini.
Jika masih ada keraguan, perhalusi kenyataan Guardiola yang seboleh-bolehnya mahukan pemain itu kekal tetapi menjelaskan apa jua keputusan adalah di luar kawalannya.
Ia secara rambang bermaksud pengurus City itu belum bersedia untuk mengubah dasar penggiliran pemainnya di dalam barisan yang sarat dengan pemain bintang, apatah lagi mereka mahu mengejar trofi Liga Juara-Juara (UCL) – sebahagian daripada empat trofi yang dalam jangkauan The Citizens pada satu ketika – sebelum tersingkir kepada Tottenham Hotspur dalam suku akhir.
Seperti dibayangkan Sane kepada laman www.90min.com sebelum ini, dia bersikap terbuka untuk angkat kaki dari Stadium Etihad bagi memperagakan skil dan kepantasannya di Allianz Arena kebanggaan Bayern.
Statistik musim 2018/19 menunjukkan pemain lincah itu hanya melakukan 21 permulaan dalam EPL di sayap kiri yang memaksanya sering mengalah kepada Raheem Sterling dan kecenderungan Guardiola untuk mengekalkan pilihan itu, mungkin menjadi kata pemutus.

Sane akan turut tertarik kepada jaminan Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge, bahawa dia akan lebih dimanfaatkan, apatah lagi skuad Die Roten itu sudah terlerai ikatan dengan dua tonggak veterannya, Franck Ribery dan Arjen Robben.
Selamat datang ke Allianz Arena, Sane – atau sebarang keputusan sebaliknya akan dianggap mengejutkan.
Satu-satunya perkara yang mungkin menjadi penghalang ialah tanda harga sekurang-kurangnya £80 juta (RM411j) yang diletakkan City, dengan kesedaran Bayern sangat berkira dalam berbelanja.