Skip to main content

Rencana

Sancho gembira, United berduka!

sancho.jpg
Bintang muda yang sedang meningkat naik, Jadon Sancho mengakui dirinya berada dalam kondisi terbaik bersama Borussia Dortmund.  

Sancho yang menyertai aksi pra-musim Dortmund di Switzerland menegaskan dirinya akan memberikan 100% komitmen kepada pasukan Dortmund selagi tiada perpindahan secara rasmi. Terdahulu, Jadon Sancho dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United yang sedang mempersiapkan pasukan mereka bagi saingan liga musim hadapan.

Kehadiran Jadon Sancho di Old Trafford dillhat mampu membantu pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer memantapkan jentera serangan. Andai perpindahan ini menjadi kenyataan,  gandingan Rashford-Martial-Mason-Bruno-Sancho  tentunya akan digeruni oleh semua pasukan di saingan Liga Perdana Inggeris. 

Akan tetapi, 108 juta pound tanda harga telah diletakkan oleh pihak pengurusan Dortmund bagi sesiapa sahaja yang mahu mendapatkan khidmat Sancho. Harga tersebut dinilai terlalu mahal oleh pihak pengurusan Manchester United yang menyaksikan kedua-dua pihak gagal mencapai kata putus. Berusaha mencari jalan penyelasaian, United cuba menggunakan taktik sama sewaktu mendapatkan Bruno Fernandes dari Sporting Lisbon. Bayaran secara ansuran dan bonus berdasarkan prestasi semasa pemain menjadi modus operandi yang ditolak mentah-mentah oleh pihak pengurusan Dortmund.





Secara tidak langsung, kegagalan mendapatkan Sancho membuka ruang kepada United untuk mencari pemain alternatif. Mungkin James Maddison ataupun Jack Grealish boleh menjadi pilihan seterusnya? Sebenarnya, Dayang percaya ruang masih terbuka buat United kerana jendela perpindahan masih dibuka sehingga Oktober nanti, isunya kini hanyalah sanggup bayar atau tidak sahaja mengikut harga yang telah ditetapkan.

Bila isu ini terjadi, ada banyak pihak yang bertanya, United tiada wang ke? Kenapa nak bayar ansuran? Bukan United antara kelab terkaya didunia ke? Bermacam persoalan ditimbulkan terutama sekali di dalam rancangan ‘Berbulu Dgn Burn’, pendapat peribadi Dayang, United bukan mempunyai masalah kewangan, cuma dunia kini baru sahaja dalam proses pemulihan selepas pandemik covid-19, jadi secara tidak langsung pendapat kelab juga turut terjejas, tetapi bukannya miskin ataupun tiada wang. 

Malah, United juga perlu menjadikan kes pembelian Alexis Sanchez sebagai iktibar, agar kesilapan sama tidak berulang lagi. Sama ada Sancho akan menyertai United atau tidak, Dayang tetap percaya untuk musim hadapan, The Red Devils akan menjadi salah satu pencabar utama kejuaraan liga dan mereka akan membuktikan bahawa mereka bukanlah ‘King of Penalty’ okay!

Advertisement

Must Watch Video