Pasukan yang dijangka akan menyinar dalam Piala Dunia Russia 2018, Perancis dan Sepanyol, masing-masing dilihat bergelut sewaktu aksi pemanas badan.
Biarpun menurunkan 90 peratus kesebelasan utama dengan kehadiran David De Gea, Sergio Ramos, Gerard Pique, Sergio Busquets, Thiago Alcantara, David Silva, Andres Iniesta dan Isco, mereka dilihat bergelut pada separuh masa pertama apabila kerap bertahan dan sering diasak jentera serangan Tunisia.
Hanya jaringan lewat permainan pemain gantian Iago Aspas memastikan Sepanyol mendapat tonik kemenangan terbaik sebelum sepak mula Piala Dunia.
Bagi Dayang, jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui, masih bersandarkan falsafah yang sama, iaitu mengutamakan penguasaan bola dalam satu perlawanan dan jumlah jaringan gol bukanlah keutamaan.
Sepanyol memang terkenal dengan corak tiki-taka dimana jika dilihat kepada rekod, mereka bukanlah jenis pasukan yang mencatat kemenangan dengan jumlah jaringan besar.
Tambahan pula, kemenangan ke atas Tunisia melebarkan rekod jurulatih mereka, Julen Lopetegui, kepada 20 perlawanan tanpa sebarang kekalahan bersama skuad Sepanyol.
Skrip sama Dayang rasakan untuk skuad bimbingan Didier Deschamps apabila sekadar seri satu sama berdepan Amerika Syarikat.
Dipenuhi pemain bintang dari barisan pertahanan hingga serangan, Perancis terlebih dahulu dibolosi apabila Hugo Lloris ditewaskan Julian Green. Bintang sedang meningkat naik, Kylian Mbappe akhirnya menyelamatkan maruah Perancis dengan gol penyamaan.
Namun, Didier Deschamps menegaskan bahawa beliau mahu melihat semua pemainnya beraksi bagi membuat penilaian akhir sebelum bermulanya Piala Dunia.
Perancis yang berada dalam kumpulan C diundi bersama Peru, Denmark dan juga Australia.
Perlawanan pertama nanti Les Blues akan melayani The Socceroos yang mencatat kemenangan 2-1 ke atas Hungary dalam perlawanan pemanas badan.
Secara peribadi, Dayang percaya kedua-dua pasukan Sepanyol dan Perancis masih belum mempamer taring mereka yang sebenar.
Saingan pemanas badan ini adalah lebih kepada untuk mencuba formasi mahupun pemain baru kerana Dayang percaya, pengendali kedua-dua pasukan sebenarnya sudah memiliki pemain kesebelasan utama untuk skuad masing-masing.