Seperti tahun-tahun sebelumnya, 1MCC-Astro Kem Bola sekali lagi dalam misi mencari kanak-kanak muda dalam lingkungan 10-12 tahun untuk dibawa berlatih di Eropah.
Walaupun ini kali pertama saya menjadi hos untuk program ini (2014 dan 2015 saya bersama Kem Badminton), dan biarpun Kuala Terengganu barulah lokasi pemilihan ketiga buat Kem Bola musim 2016, sudah pelbagai jenis watak yang saya temui -- dan kebanyakan mereka memberikan saya jaminan bahawa bolasepak Malaysia masih punya harapan.
Bukan sahaja buat pasukan lelaki, malah buat pasukan wanita juga.
Kerapkali kita mendengar pelbagai kritikan, adakalanya cemuhan daripada mulut yang tidak pernah henti mengata -- sudah musnahkah masa hadapan bolasepak Malaysia?
Tidak kiralah pasukan lelaki ataupun wanita, skuad senior ataupun junior, di bawah kendalian jurulatih tempatan ataupun luar! Ada sahaja komen daripada penyokong menekankan, dan seolah menjaminkan "masa hadapan bolasepak Malaysia sudah musnah".
Saya akui saya antara yang hampir percaya dengan sentimen ini.
Namun apabila terdedah dengan program seperti Kem Bola, ramai kanak-kanak dari pelbagai latar belakang yang....saya rasa suatu hari boleh mengembalikan rasa bangga kita ke atas bolasepak Malaysia.
Mana masa depan bolasepak kita?
Ramai yang pertikaikan.
Jawapannya tidak mudah untuk diberikan begitu sahaja. Tapi jika anda berada di tempat saya dan melihat anak-anak muda dari macam-macam 'background' berusaha untuk bergelar pemain bolasepak suatu hari kelak, mungkin anda akan rasa tersentuh dan sedar bahawa ada lagi peluang kita untuk kembali hebat di masa akan datang.
Di mana bakal juara kita? Ada yang masih duduk di pedalaman dan mengambil masa dua jam untuk sampai ke tempat berlatih.
Ada yang tinggal di bandar dan punyai matlamat untuk menyarung jersi kebangsaan. Ada yang tinggal di kampung dan baru sahaja membeli but bolasepak yang pertama.
Hakikatnya, kita masih mempunyai ramai anak muda yang mampu menjanjikan masa hadapan cerah buat bolasepak kebangsaan kita. Mungkin beberapa tahun lagi, lapisan inilah yang bakal menjadi kebanggaan negara. Jadi, kenapa kita harus biarkan harapan terus pudar?