Arsenal menjual pemain terbaik mereka kepada seteru sudah jadi satu kebiasaan, tetapi akan terbit debat hangat apabila babitkan destinasi penghijrahan sang bintang.
Daripada Samir Nasri Ke Manchester City dan Robin van Persie ke Manchester United tersemat cerita kontroversi tersendiri.
Pada penghujung harinya dua pemain itu peroleh apa yang mereka dambakan, kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Malah Nasri waktu bersama Arsenal dari 2008-2011 tidak pernah merasai sebarang kejuaraan utama sebelum ke City dan dilabel individu yang hanya memburu kekayaan berbanding kegemilangan.
Sanchez yang hanya menunggu masa berhijrah kini dalam dilema sama apabila semakin hampir menyertai United sedangkan ada tawaran daripada City.
Ramai berasakan keterbukaan Sanchez ke United hanya berdasarkan faktor kewangan berbanding kebarangkalian dia sah menikmati kejayaan jika menyertai City.
Harus saya tegaskan United adalah kelab elit dunia walaupun pada ketika ini berada dalam bayangan City.
United bersandarkan sejarah ada tarikan yang menjadi impian destinasi ramai pemain seperti yang sudah dibuktikan dengan penghijrahan pemain berstatus bintang meski sudah beberapa musim tidak menjuarai Liga.
Sanchez dalam menimbang tawaran dua kelab Manchester pasti terfikir apa perasaan jika beraksi di Old Trafford dengan menyarung jersi keramat 7.
Sama juga buat pemain seperti Virgil Van Dijk yang memilih untuk beraksi di Liverpool bersandarkan gemilang kata semanagat You'll Never Walk Alone dan dijulang The Kop End.
Liverpool lagi lama tidak memenangi kejuaraan liga, adakah mereka kelab picisan?
Pada penghujung harinya, Arsenal kekal dengan kekecewaan dan pada ketika anda membaca artikel ini Sanchez sudah berada bersama keluarga barunya.