Bintang Liverpool, Mohamed Salah meraikan hari lahir ke-28 pada 15 Jun dan sehari kemudian, 16 Jun merupakan ulang tahun kelahiran ke-53 jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp.
Lahir dalam era berbeza, Salah dan Klopp berkongsi beberapa karakter sama sebagai mereka yang dilahirkan dalam zodiac Gemini – antaranya kuat bekerja untuk mencapai impian.
Walaupun sudah melalui 2 perkahwinan, Klopp juga disifatkan sebagai seorang yang sangat setia atau ‘one team man’ dalam kerjayanya sebagai seorang pemain bola sepak dengan menghabiskan zaman remajanya bersama kelab Jerman, Mainz 05 sehingga bersara pada 2001.
Persaraan merupakan detik yang menyerlahkan kehidupan Klopp menjadi lebih baik menerusi transisi sebagai jurulatih di Mainz 05 dan kemudiannya kelab terkenal, Borussia Dortmund yang Berjaya menumpaskan pasukan gergasi, Bayern Munich dan menjulang kejuaraan berganda Bundesliga pada 2011 dan 2012.
Dari transisi kejurulatihan yang akhirnya membawa Klopp ke England pada 2015, kelab yang baharu dikendalikannya, Liverpool terus menjalani transformasi besar dari tahun ke tahun - dan antara keputusan tepat yang dilakukannya adalah mendapatkan khidmat Salah yang gagal dimanfaatkan satu lagi kelab inggeris, Chelsea.
Sungguh pun pembelian bersejarah yang dibuat Liverpool ke atas Salah pada 2017 berdasarkan kehebatannya bersama pasukan Serie A Roma, Pemain Antarabangsa Mesir itu tetap memiliki rasa hormat yang cukup tinggi kepada Chelsea – buktinya, Salah enggan meraikan jaringannya pada aksi sulung menentang bekas kelabnya itu yang berakhir dengan keputusan 1-1.
Ketika Klopp semakin dihimpit ejekan tentang kewibawaannya untuk menamatkan badi kejuaraan Liverpool di Liga Perdana Inggeris yang kali terakhir dijulang pada 1990, para penyokong semakin jatuh hati dengan Salah sehingga ada yang tampil dengan jenaka “Jika Salah menjaringkan beberapa gol lagi, Saya akan memeluk agama Islam” – sesuatu yang dianggap luar biasa ketika masih terdapat Islamophobia di eropah.
Kematangan Salah bersama Liverpool yang dijangka dapat dituai pada akhir musim 2019, bagaimanapun tidak begitu menjadi apabila anak buah Klopp hanya tamat sebagai naib juara kepada Manchester City – tetapi yang mengejutkan, rata-rata penyokong Liverpool tidak marah, malah kekal positif untuk kedua dua bintang kesayangan mereka ini membawa trofi yang diidamkan pada 2020.
Selamat Hari Lahir Mo Salah dan The Normal One.