Media sukan antarabangsa dikejutkan dengan laporan yang mengatakan bahawa bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo didakwa melakukan kesalahan rogol kepada seorang wanita Amerika Syarikat,Kathryn Mayorga pada Jun 2009.
Kes berkenaan telah pun difailkan dengan pertuduhan 32 muka surat yang mana ini boleh menjadi titik hitam dalam kariernya selaku pemain bola sepak yang berjaya. Perkembangan terkini itu turut menyebabkan nama kapten Portugal itu digugurkan dari menyertai perlawanan di peringkat antarabangsa buat masa ini.
Cristiano Ronaldo akan terlepas tiga aksi membabitkan perlawanan persahabatan dan Liga Negara Eropah dimana Portugal dijangka berdepan Poland, Scotland dan Itali.
Pengendali Portugal, Fernando Santos berkata bahawa tindakan tidak memanggil Ronaldo adalah kerana mahu memberikan ruang dan waktu buat Ronaldo untuk menyelesaikan masalah luar padangnya. Bagaimanapun, beliau percaya bahawa Ronaldo adalah seorang atlet yang mempunyai disiplin tinggi dan tidak akan melakukan perkara yang diluar jangkaan.
Dayang yang memang mengikuti perkembangan Cristiano Ronaldo sejak menyertai Manchester United, Real Madrid dan kini Juventus turut terkejut dengan kes terbarunya ini. Kerana setahu Dayang, Ronaldo adalah seorang atlet yang amat berdisiplin di dalam dan luar padang selain terkenal dengan sifat penyayang terhadap keluarganya.
Diharapkan kes Ronaldo dapat segera diselesaikan dan beliau boleh kembali memberikan tumpuan dengan aksi di atas padang.
Di saat Ronaldo tiada bersama skuad kebangsaan Portugal, nama pemain lain seperti Rui Patricio, Pepe, Bernardo Silva dan Andre Silva terus mendapat kepercayaan untuk menyarung jersi The Selecao.