Ini bukan cerita RM2.6 bilion, tapi lebih dari itu!
RM3.45 bilion. Itulah harga yang perlu dibayar andai ada pasukan yang berminat mahu mendapatkan Luka Modric dari Real Madrid.
Sebetulnya, bagi yang mengikuti perkembangan bola sepak eropah, Luka Modric memang mempunyai kualiti seorang pemain tengah antara yang terbaik di dunia. Jika tidak, tak mungkin beliau bermain untuk Real Madrid selama hampir enam tahun.
Memulakan karier remajanya di Dinamo Zagreb, namanya mula dikenali ramai apabila mula menyertai Tottenham Hotspurs pada 2008. Empat tahun yang cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris menyaksikan dirinya ditawarkan kontrak untuk berkelana di Santiago Bernabeu.
Namun, selepas aksi cemerlang memimpin Croatia sehingga ke final Piala Dunia 2018, namanya dilihat kembali melonjak naik, tambahan pula beliau dinobatkan Anugerah Bola Emas, iaitu Pemain Terbaik Kejohanan.
Secara tidak langsung, ada ura-ura yang mengatakan bahawa beberapa kelab mahu cuba mendapatkan khidmat Modric andai dia mahu berhijrah. Antara yang berminat adalah pasukan Inter Milan yang sedang dalam usaha menambah baik pasukan sedia ada.
Bagaimanapun, Presiden Real Madrid, Florentino Perez, menangkis sebarang kemungkinan dengan membuat kenyataan bahawa sesiapa yang mahu mendapatkan Luka Modric perlu membayar klausa berjumlah 750 juta Euro ataupun RM3.45 bilion.
Andai itu tanda harga yang diletak, firasat Dayang merasakan Modric mungkin akan menghabiskan kariernya di Real Madrid kerana kontraknya hanya akan tamat pada 2020, di mana beliau sudah pun berusia 35 tahun pada waktu itu.
Dengan ketiadaan Cristiano Ronaldo dan belum ada lagi pembelian bintang baru dari Real Madrid, Jugen Lopetegui sudah tentu bergantung harap kepada khidmat Modric untuk mengemudi jentera tengah pasukan.