Skip to main content

Rencana

RM100,000 untuk Yakeb: Atlet, jurulatih bagaimana?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yakeb_1.jpg
Setakat ini, langkah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican belum lagi sumbang.

Beberapa langkah penting diambil seperti mengutamakan Program Road to Tokyo (RTT), menutup kemudahan Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara ekoran pandemik Covid-19 selain mengubah tarikh Sukan Malaysia (Sukma) Johor.

Pujian daripada komuniti bekas atlit negara dibawah payung Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (Yakeb) apabila meluluskan dana RM100,000 untuk bantu rawatan mereka yang dijangkiti Covid-19.

Tetapi wujud persoalan. Bagaimana dengan kebajikan atlit dan jurulatih negara?

Mereka yang berlatih, buat persiapan menghadapi misi penting terutama buru emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga terkesan dengan pandemik sama.

Ada yang berlatih di halaman rumah, ada juga yang terpaksa merombak program latihan malah tidak mustahil - ada yang mula putus harapan.

KBS patut menjaga kelompok ini memandangkan mereka perlu mengekalkan prestasi terbaik untuk menggalas cabaran bila-bila masa.

Malah, ada juga yang hanya bergantung sepenuhnya kepada pendapatan sebagai atlit dan jurulatih.

Mereka ini kumpulan penting yang perlu dijaga kerana sebaik saja pandemik ini dapat diatasi - mereka akan kembali menggegar arena sukan tempatan dan antarabangsa.

Jadi kepada Reezal, fikirkan mengenai keutamaan yang perlu dibantu.

Jika kementerian lain sudah mula menyalurkan bantuan, tidak mustahil pakej bantuan untuk atlit dan jurulatih negara patut difikirkan sama.
 

Advertisement

Must Watch Video