Generasi baru Arsenal semakin mantap, dengan kemaraan ke suku akhir Piala FA Inggeris adalah bukti kesediaan barisan pemain berusia sekitar 20 tahun menggalas tugasan di saingan lebih kompetitif.
Sejak mendapat sentuhan pengendali baharu, Mikel Arteta yang menggantikan Unai Emery, Arsenal berjaya untuk kembali mencabar dengan rekod 11 perlawanan tanpa kalah selepas pertemuan di kubu Leicester City.
Kemaraan ke suku akhir Piala FA adalah kesinambungan aksi anak buah Arteta yang semakin memuaskan tetapi di Fratton Park, Arteta mengambil risiko besar dengan menurunkan enam pemain muda untuk berdepan Portsmouth yang berada pada tahap terbaik di saingan Liga Kejuaraan.
Reiss Nelson, penyerang yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-20 pada Disember lalu mendapat undian 8/10 daripada peminat dan pengkritik bola sepak di atas kecemerlangannya membantu Arsenal mencipta jaringan.
Nelson yang membarisi skuad B-21 England dilihat cukup bersedia untuk bertindak sebagai arkitek terbaharu Arsenal, dengan statistik terkini - terbabit dengan lima jaringan menerusi lapan penampilan terakhirnya dalam kesebelasan utama.
Ini termasuklah membantu penyerang antarabangsa Greece, Sokratis Papasthathopoulos dan rakan sepasukannya dalam skuad muda The Three Lions, Eddie Nketiah, meledak gol untuk menundukkan Pompey 2-0.
Arteta mula memberikan kepercayaan kepada Nelson sejak Januari 2020 dan pada Mac, pengendali dari Sepanyol itu dengan yakin menyatakan Nelson adalah seorang pemain yang istimewa, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuknya mengisi posisi di bahagian hadapan Arsenal.
Persembahan meyakinkan juga ditampilkan Nketiah yang turut mendapat kepercayaan Arteta dalam saingan Piala FA, bukan sahaja menerusi sumbangan satu gol yang menewaskan penjaga gawang Portsmouth, Alex Bass, tetapi secara keseluruhannya meledak tiga gol dalam empat penampilan di skuad utama.
Selepas ini, empat lagi pemain muda yang diturunkan Arteta pada pusingan kelima Piala FA Inggeris ini mungkin sudah tidak sabar untuk mencuri tumpuan dengan memastikan mereka terus diberi kepercayaan di suku akhir nanti, mengambil semangat membara dari kemaraan kelima Arsenal dalam tujuh musim.
Segalanya terlihat indah setakat ini, perjalanan yang serba positif buat Arsenal dalam kancah Piala FA Inggeris bersama generasi baharu yang menawarkan risiko berbaloi buat Arteta mengembalikan kejuaraan yang kali terakhir dijulang pada 2016/2017.

Mature performance from the team to book a place in the Quarter-finals. Happy to get another goal for @Arsenal . God is good! ?⚽?? pic.twitter.com/q6KddpN3fc
— Eddie Nketiah (@EddieNketiah9) March 2, 2020