2018 adalah tahun penting buat pasukan hoki lelaki kebangsaan dengan tiga kejohanan besar menanti mereka iaitu Sukan Komanwel di Gold Coast, Sukan Asia di Jakarta & Palembang dan Piala Dunia di Bhubaneswar.
Saya melihat kemasukan Malaysian Tigers ke dalam Program Podium tahun ini adalah satu langkah tepat dalam usaha memastikan kita berjaya mengharungi tiga kejohanan penting itu dengan pencapaian yang membanggakan.
Sudah tentu semua pasukan termasuk skuad kebangsaan akan melipatgandakan usaha dan persiapan agar kejayaan manis berjaya diukir terutama dalam Sukan Asia untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Saya lebih tertarik dengan persediaan awal Australia yang kini sudah berjaya merampas semula status mereka sebagai pasukan No. 1 dunia daripada juara Sukan Olimpik 2016, Argentina pada hujung tahun lalu.
Ia tercipta selepas Kookaburras muncul juara Final Liga Hoki Dunia 2017 di Bhubaneswar, India dengan menewaskan Argentina 2-1.
Apa yang menarik perhatian saya ialah ketua jurulatih Australia, Colin Batch, merombak hampir sebahagian pasukannya tahun ini menghadapi banyak kejohanan besar memandangkan mereka sudah pun layak secara automatik ke Piala Dunia 2018.
Seramai 27 nama dalam skuad utama Australia telah pun diumumkan penghujung bulan lalu, dengan kombinasi pemain muda dan senior yang dilihat berpotensi untuk meraih pingat pada Sukan Olimpik 2020 selepas mendapat tempat keenam sewaktu Sukan Olimpik 2016.
Kali terakhir Kookaburras meraih pingat emas Sukan Olimpik adalah 14 tahun lalu ketika edisi di Athens, Greece.
Batch mengambil risiko menyenaraikan enam pemain muda yang masih 'mentah' pengalaman di pentas antarabangsa seperti Jake Harvie, Tim Howard, Lachlan Sharp, Corey Weyer, Matthew Bird dan Tim Brand.
Mereka akan dibantu tonggak senior seperti kapten, Mark Knowles, Eddie Ockendon, Blake Govers, Jeremy Hayward dan Flynn Ogilvie untuk mempertahankan pingat emas Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland apatah lahi edisi tahun ini bermain di 'rumah' sendiri.
Beliau tidak kisah untuk menggugurkan tiga pemain sedia ada antaranya Joshua Pollard dan Matthew Pilis yang kedua-duanya kini bermain untuk Kuala Lumpur Hockey Team (KLHC) dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2018.
Walaupun Australia berwajah baharu, namun saya menjangkakan ia sama sekali tidak akan menjejaskan prestasi cemerlang pasukan powerhouse hoki dunia itu meskipun terpaksa mengharungi jadual padat kalendar tahun ini.
Mungkin sikap berani mengambil risiko mencuba pemain-pemain muda dengan menaikkan pangkat mereka daripada pasukan pembangunan ke skuad utama adalah kunci utama kejayaan Australia selama ini.
Sama-sama kita nantikan sama ada 'eksperimen' baru Australia dapat membawa keputusan positif apabila menentang satu lagi kuasa besar hoki antarabangsa di ranking keempat dunia, Belanda, dalam empat siri Test Match pertengahan bulan ini.