Jam 3 pagi Ahad, penat menguasai diri selepas selesai siapkan pakej liputan aksi Liga Super di antara Kedah bertemu Selangor di Stadium Darul Aman.
Dalam mencari ' mood tidur ' laju tangan penulis mendapatkan kedudukan terkini Ziyad Zolkefli yang dijadual beraksi dalam final lontar peluru F20 dalam Kejohanan Dunia IPC 2017 di London.
Dari mengantuk yang amat, mata penulis kembali segar apabila mendapat tahu 'The Smilling Giant' ketika ini sedang bertarung keringat pertahan maruah negara demi emas pertama dan sudah mencatat rekod baru dunia hanya menerusi balingan pertamanya!!
Bukan biasa-biasa, balingan pertama Ziyad sudah cukup untuk membuktikan dia sememangnya layak memegang status jaguh dunia apabila berjaya memecahkan rekod sendiri yang dilakukan dalam Sukan Paralimpik Rio tahun lalu iaitu 16.84 meter.
Catatan dunia terbaru 'The Smilling Giant' 17.29 meter terlalu jauh meninggalkan pencabar terdekatnya dari Ecuador, Davis Moscuera, yang sekadar mencatat 16.72 meter untuk pingat perak, manakala penyandang emas 2 tahun lalu Todd Hodgetts sekadar gangsa.
Catatan 17.29 meter milik Ziyad gagal disaingi mana mana lapan peserta yang lain sehingga tamat enam balingan menjadikan anak jati Selangor ini gah dengan kredibiliti tersendiri selain kelibatnya sekali lagi mencuri perhatian dunia.
"All out dalam balingan pertama memang perancangan saya bersama coach Faizol, saya nekad mahu cuba dan saya tidak sangka balingan itu berjaya pecah rekod dunia yang juga milik saya." Itu reakzi pertama Ziyad selepas dihubungi menerusi aplikasi pesanan ringkas, Whatsapp.
Terngiang-ngiang di telinga penulis tatkala teringat bual bicara kami di trek Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung kegusaran Ziyad yang mengakui prestasinya menurun selepas kejayaan emas dalam Paralimpik Rio tahun lalu.
"Saya tak boleh baling, saya rasa badan saya sangat berat."
Namun siapa sangka perbualan pada Disember tahun lalu hanya boleh dianggap sebagai omong kosong Ziyad selepas dia berjaya mencipta rekod baru dunia hanya berselang 10 bulan selepas kejayaan di Rio.
What's next Ziyad?