Walau sehebat mana skuad negara, harus kita akui Thailand punyai aura tersendiri khususnya dalam acara sepak takraw. Sebut sahaja nama Pornchai Kaokew, seluruh penggiat mahupun peminat sepak takraw akan mengakui kehebatan dimiliki perejam terbaik dunia ini, meskipun usianya sudah menginjak ke 33 tahun.
Dia masih beraksi untuk Sukan SEA kali ini, dan rejamannya masih tiada cacat cela, mampu untuk melompat tinggi dan melepaskan libasan kaki yang menghadirkan gerun buat lawan. Itu baru Pornchai, belum lagi menyebut kehebatan tekong utama mereka Siriwat Sakha.
Di sebalik gahnya nama mereka atas kehebatan dimiliki, Thailand tetap gerun dengan kelibat seorang pemuda dari Pulau Pinang, Mohammad Syahir Mohd Rosdi.
Berketinggian 189 sentimeter, Syahir mampu untuk menukar sebiji bola takraw kepada “peluru laju” melalui servisnya. Perkara itu diakui sendiri oleh pemain apit kiri Thailand, Pattarapong Yupadee yang merasakan Syahir adalah pemain utama Malaysia yang mampu mengubah permainan jika dia dalam keadaan terbaik.
“Perlawanan itu nanti (Malaysia dan Thailand) akan jadi perlawanan yang sengit, kami guna pemain yang sama, namun Malaysia nampak bagus.”
“Dia (Syahir) pemain nombor satu Malaysia, kami kena berjaga-jaga dengan dia, kerana dia terlalu bagus”
Jarang Thailand yang mempunyai ego di rantau asia untuk mengakui kehebatan pemain lawan. Tidak pasti samada itu kata-kata perang psikologi, namun dari satu sudut, ia satu penghormatan yang harus kita banggakan apabila Malaysia masih punyai pemain terbaik dunia yang mampu membuatkan Thailand rasa goyang biarpun seketika.