Sejak Jurgen Klopp mengambil alih Liverpool sejak 2015, pencapaian terbaik Liverpool adalah pada musim 2017/18 di mana mereka mara ke pentas final Liga Juara Juara Eropah selain mengakhiri liga di kedudukan keempat.
Namun ceritanya berbeza untuk musim 2018/19. Selepas menjadi pasukan paling banyak berbelanja untuk musim ini, Liverpool berada di landasan tepat untuk menamatkan kemarau hampir 30 tahun tidak muncul juara liga, selain mengulangi skrip musim lalu mara ke pentas final Liga Juara-Juara Eropah.
Tetapi ujian yang mereka perlu lalui tidaklah semudah yang disangka.
Di Liga Perdana Inggeris, Liverpool hanya dibezakan satu mata dengan Manchester City disaat hanya tinggal dua lagi baki perlawanan. Satu situasi yang cukup memberi tekanan kerana untuk muncul juara liga, mereka perlu bergantung kepada keputusan perlawanan membabitkan Manchester City dengan harapan mereka akan keciciran mata. Liverpool pula perlu mengutip mata maksima berdepan Newcastle United dan Wolverhampton Wanderers. Harapan hanya tinggal harapan buat The Reds jika The Citizens menang kedua dua perlawanan terakhir liga mereka.
Di saingan Liga Juara Juara Eropah, harapan masih ada walaupun tipis selepas kecewa dibenam 3- 0 oleh Barcelona dalam separuh akhir pertama. Peluang masih ada buat Liverpool seperti mana yang dilakukan AS Roma musim lalu apabila menang pada pertemuan kedua 3- 0, biarpun tumbang 4-1 pada pertemuan pertama menentang Barcelona. Jurgen Klopp perlu merencana strategi yang membolehkan mereka meledakkan gol selain memastikan gawang tidak dibolosi.
Andai Manchester City keciciran mata, dan Liverpool berjaya menang dua perlawanan terakhir, mereka berpeluang cerah muncul juara liga. Andai mampu menumbangkan Barcelona dan mara ke pentas final Liga Juara Juara Eropah, mereka turut berpeluang cerah untuk menjadi juara. Andai kedua-dua tekaan penulis menjadi kenyataan, Jurgen Klopp pasti akan dijulang selaku pengurus yang berjaya membawa semula kegemilangan dan mengisi semula rak piala di Anfield yang telah sekian lama berhabuk.
Akan tetapi,itu adalah andaian penulis semata mata.
Satu lagi andaian penulis, bayangkan jika Manchester City berjaya mengutip mata maksima, secara tidak langsung, Liverpool akan mengakhiri liga di kedudukan kedua. Andaikan juga Barcelona menyingkirkan Liverpool di separuh akhir Liga Juara Juara Eropah, itu bermakna, Jurgen Klopp gagal membawa sebarang piala pulang ke Anfield, dan terus membiarkan rak piala di Anfield kekal berhabuk untuk satu musim lagi.