Skip to main content

Rencana

Red Devils sanggup korban, Citizens "masyuk"

matthijs-de-ligt-ajax.jpg
“Manchester United menawarkan saya sesuatu yang sukar untuk ditolak” itu komen ketua pasukan Ajax Amsterdam, Matthijs De Ligt, apabila ditanya media antarabangsa mengenai tawaran yang diterima daripada pasukan-pasukan gergasi Eropah.

De Ligt yang baru berusia 20 tahun dilihat bakal menjadi pemain bintang suatu hari nanti berdasarkan sifat kepimpinan di atas padang selain kemampuannya untuk beraksi dalam perlawanan besar.

Atas dasar itu, United yang dilihat terdesak mahu menguatkan kubu pertahanan, dikhabarkan sanggup membida hampir RM400 juta untuk mendapatkan De Ligt selain tawaran gaji RM 1.86 juta seminggu jika dia menyarung jersi The Red Devils.

Usaha mendapatkan De Ligt dilihat menjadi serius apabila United dikhabarkan sanggup menjual beberapa pemain mereka bagi menampung kos perbelanjaan selain memotong gaji beberapa pemain utama bagi mendapat dana menambah dua atau tiga pemain baru.

Bagaimanapun, United berdepan saingan daripada pasukan Barcelona yang turut berminat mendapatkan khidmat De Ligt. Tambahan pula, rakan sepasukannya di Ajax, Frenkie de Jong, akan beraksi buat The Catalans musim depan.

Di kem Manchester City pula, ketiadaan Vincent Kompany menyaksikan Pep Guardiola sedang berkira-kira mahu mendapatkan khidmat pemain Leicester City, Harry Maguire.

Maguire yang berusia 26 tahun dilihat bakal menjadi pengganti paling sesuai bagi menguatkan pertahanan City tetapi mereka perlu memecahkan rekod dunia bagi seorang pemain pertahanan apabila Leicester City meletakkan tanda harga RM480 juta, melebihi harga rekod dunia untuk pemain pertahanan, di saat Liverpool mendapatkan Virgil Van Dijk musim lalu.

Faktor kewangan mungkin bukan masalah utama di kem The Citizens, kerana fokus utama harus diberikan kepada aksi di atas padang, lebih-lebih lagi Liga Juara-Juara Eropah, kerana City di bawah kendalian Guardiola tidak mempunyai rekod yang begitu baik di pentas Eropah.

Advertisement

Must Watch Video