Dua wakil dari England iaitu Liverpool dan Chelsea memulakan perlawanan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan langkah kiri apabila tewas kepada lawan masing-masing.
Juara bertahan, The Reds yang bertandang ke Itali dengan harapan membawa pulang tiga mata menurunkan barisan pemain terbaik dengan trio serangan Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamad Salah, namun tiada jaringan dapat dihasilkan . Liverpool terpaksa akur tumbang kepada Napoli apabila kegagalan barisan pertahanan beraksi cemerlang pada 10 minit terakhir dengan dihukum dua gol lewat permainan pihak lawan.
Dries Mertens dan Fernando Llorente meledakkan gol yang sekaligus menjadikan Liverpool pasukan pertama selaku juara bertahan yang tewas pada perlawanan pembukaan sejak 1994. Pengendali Napoli, Carlo Ancelotti percaya pasukannya berhak menang atas persembahan baik pasukannya yang bertahan dan menyerang sebagai satu unit.
Satu lagi pasukan dari England, Chelsea juga tersungkur pada perlawanan pertama. Skuad kendalian Frank Lampard mendominasi perlawanan namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan mereka gagal menyudahkan peluang, manakala bagi Valencia, satu percubaan tepat dari Rodrigo sudah cukup untuk mereka pulang ke Sepanyol dengan tiga mata.
Chelsea sekurang-kurangnya mampu mencuri satu mata namun kegagalan Ross Barkley menyempurnakan sepakan penalti menyaksikan skuad The Blues menerima pengajaran yang amat pedih. Mereka tewas kepada Valencia yang baru sahaja memecat jurulatihnya, Marcelino, yang mana keputusan itu mendapat tentangan pemain-pemian senior. Krisis di Valencia kian meruncing apabila peminat kelab juga mahu pemilik kelab dari Singapura, Peter Lim meninggalkan Valencia. Sekurang-kurangnya kemenangan ke atas Chelsea meredakan seketika ketegangan di kem Valencia.