Tajuk di atas dan artikel ini bukanlah mahu mencetuskan kemarahan ataupun menyinggung perasaan mana-mana pihak, harap maklum.
Tapi baru-baru ini, ada video seorang gadis yang menjadi viral di laman media sosial. Viral sebab apa? Sebab tak nak mengaku Melayu, walaupun nama asal dan wajah dah sah-sah Melayu. Tak tahu lah apa niat Si Gadis itu sebenarnya, tapi video itu membuatkan saya tertanya-tanya.
Jika bertutur dengan loghat yang dibuat-buat, adakah mampu membuang identitinya yang asal?
Dan soalan ini, jika diletakkan ke dalam konteks sukan pula…..
Jika mengagung-agungkan bolasepak luar, adakah membuang darah daging kita yang asalnya dari Malaysia?
Sekali lagi, saya tekankan, niat saya berkarya kali ini bukan mahu membincangkan tentang Si Gadis viral atau sesiapa pun, tetapi situasi ini telah membuatkan saya terfikir tentang cara pemikiran manusia secara amnya.
Awak pakai lensa mata biru, awak tetap bukan Megan Fox.
Awak sokong Arsenal, pasukan kebangsaan awak tetap bukan England.
Nampak tak apa yang cuba saya sampaikan?
Adakalanya, sesetengah manusia terlalu obses atau memandang tinggi ke atas hal-hal di luar sana, sehingga kita lupa dengan apa yang ada di hadapan mata kita sendiri.
Tidak salah kalau nak bermata biru, tidak salah juga kalau hendak meminati Liga Inggeris…tapi jangan lupa… Pada waktu yang sama kita berusaha untuk mencapai imej persis Captain America, ramai juga orang di negara Barat yang mahu nampak seperti orang Asia.
Dalam kesibukan kita memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada pasukan yang sinar harapannya semakin pudar (alah, macam Manchester United tu), kita lupa juga bahawa pasukan bola sepak kita sendiri pun menagih sokongan bagi menghadapi misi berat di Yangon dalam saingan Piala AFF.
Persoalannya sekarang, di manakah prioriti kita?
Nak jadi orang lain, atau nak jadi diri kita sendiri?
Nak utamakan pasukan orang lain, atau nak utamakan pasukan sendiri?
Semuanya terpulang sebab tiada istilah salah dalam pilihan ini….tapi ingat! Pasukan England sahaja sudah mempunyai 55 Juta orang penyokong, jadi anda nak tambah bilangan pihak mereka ataupun pihak kita sendiri?