Tahap keyakinan yang memuncak pastinya membuak-buak dalam diri penyerang Tottenham Hotspur dan England, Harry Kane, pada waktu ini.
Mana tidaknya, dia kini telah pun mencabar serta memecahkan beberapa rekod individu di England dan juga dilihat sebagai salah seorang pemain nombor 9 terbaik dunia.
Aksi di Stadium Wembley pada Ahad lalu menjadi saksi bahawa Kane kini muncul sebagai penjaring terbanyak Spurs dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sepanjang zaman apabila menyumbat gol ke-98 buatnya, mengatasi rekod yang dipegang Teddy Sheringham selama hampir 15 tahun (97 gol).
Lebih hebat, Kane hanya memerlukan 135 penampilan untuk melakukannya, berbanding Sheringham yang merekodkan statistik itu hasil daripada 236 penampilan dalam masa tujuh tahun.

Situasi itu juga membolehkan Kane kini berada dalam senarai 10 penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Spurs dan dia satu-satunya pemain yang masih beraksi secara kompetitif.
Penyerang berusia 24 tahun itu juga sedang berada di tangga teratas senarai pemain paling banyak memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan EPL, namun Sergio Aguero (Manchester City) dan Wayne Rooney (Everton) masih berpeluang untuk bersaing dengannya.
Tidak cukup dengan pencapaian itu, Kane menjadi pemain ketiga yang menjaringkan 20 gol dalam empat musim EPL berturut-turut , sekaligus mengikut jejak langkah Thierry Henry yang melakukannya sebanyak lima musim serta legenda England, Alan Shearer, dengan jumlah empat.
Itu baru kisah buat Kane dalam saingan domestik.
Jika dibandingkan dengan pemain yang beraksi di luar England, Kane melakukan kejutan apabila mengatasi dua pemain terbaik dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, dalam senarai penjaring terbanyak bagi tahun 2017 daripada lima liga terbaik Eropah dengan 56 gol.
Ternyata ia bukan satu jumlah yang mudah dicatat oleh seorang pemain bola sepak yang normal dan rekod bekas penyerang yang pernah dipinjamkan ke Leicester City itu, termasuk empat jaringan ketika membenam The Foxes, Mei lalu, serta tujuh lagi hatrik bagi tahun 2017.

Pencapaian itu mungkin membolehkan Kane mencabar anugerah Ballon d’Or, sekaligus menamatkan dominasi Messi dan Ronaldo selepas legenda Brazil, Kaka, melakukannya buat kali terakhir pada tahun 2007.
Sama ada Kane mampu “mencuri” anugerah itu atau tidak, dia telah pun meletakkan dirinya dalam senarai antara penyerang terbaik pernah dilahirkan England.
Pastinya tahap keyakinan tertinggi dalam diri Kane ketika ini mampu menjanjikan sesuatu buat Tottenham mahupun England pada tahun 2018.