Dari jauh saya melihat Pengarah Kejohanan Final Siri Hoki Dunia Kuala Lumpur, Richard Akpokavie, meneliti satu persatu kemudahan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Beliau perlu teliti kerana kejohanan ini akan disaksikan jutaan peminat seluruh dunia dengan menawarkan dua tiket automatik ke Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Realitinya, venue ini lebih daripada sekadar memuaskan hati Akpokavie, pegawai kelahiran Ghana.
"Bukan semua negara mampu memiliki stadium yang hebat seperti ini.
"Di negara saya, hanya ada beberapa stadium hoki yang menggunakan sistem pasang siap".
"Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil seperti stadium bola sepak. Pemain yang pernah beraksi di sini patut rasa kagum," katanya.
Saya yang menemu bual Akpokavie juga rasa bangga.
Malaysia memang sinonim dengan kemudahan sukan bertaraf dunia. KL Sports City, mendapat pujian rakyat Asia Tenggara ketika penganjuran Sukan Sea 2017.
Stadium Nasional pula menerima deretan anugerah termasuk Stadium Terbaik Dunia 2018.
Cuma saya harap pujian Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) ini sampai kepada peminat sukan negara.
Tidak guna kita memiliki stadium berkelas dunia tetapi di dalamnya kosong tanpa sorakan pemain ke-12.
Sudahlah masuk percuma, apa lagi yang peminat mau?
Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil yang memiliki kapasiti 12,000 tempat duduk, pernah dibanjiri peminat dalam Sukan Komanwel 1998 dan Piala Dunia 2002.
Selepas 17 tahun, ayuh kita penuhkan kembali venue keramat ini!