Perlawanan terakhir Festival Hoki Antarabangsa Melbourne menentukan tempat ketiga dan keempat menyaksikan Malaysia tewas 1-4 di tangan India. Dalam peringkat 'round robin' Malaysia tewas di tangan tuan rumah Australia 0-5. Sebelum itu mereka seri 1-1 dengan New Zealand (NZ) dan tewas 2-4 di tangan India.
Australia menewaskan NZ dalam perlawanan akhir untuk muncul sebagai Juara.
Walaupun Malaysia tidak membawa bersama beberapa pemain tonggak dalam kejohanan ini, seperti Nabil Fiqri, Razie Rahim, Faiz Helmi Jali, Fitri Saari dan Marhan Jalil, mereka masih mampu seri dengan NZ dan membuat India mengerah segalanya diperingkat kumpulan, sebelum India menjaringkan dua gol kemenangan, lima minit terakhir untuk menang.
Saya melihat pemain muda yang bersama pasukan mendapat banyak peluang bermain seperti Najmi Farizal, Firdaus Omar, Nik Aiman, Amirul Aidid, Syed Syafiq, begitu juga penjaga gol, Hafizuddin Othman.
Pengalaman menentang antara pasukan terbaik dunia seperti ini amat penting untuk membentuk mereka menjadi pemain hebat dalam tempoh satu dua tahun lagi.
Ini juga adalah platfom terbaik, selain melihat usaha dan prestasi semasa latihan pemain-pemain ini juga harus dinilai dalam perlawanan dan kejohanan. Tidak akan ada Kejohanan terbaik seperti ini sebelum Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua buat jurulatih, Stephen van Huizen, memilih pemain terbaik untuk menggalas cabaran negara nanti.
Tetapi, dalam masa yang sama pasukan kebangsaan juga harus melihat kelemahan yang ditunjukkan oleh Australia, New Zealand dan India di dalam semua perlawanan yang dilalui di Melbourne.
Jangan kita katakan bila pemain-pemain yang tidak ke Melbourne berada dalam pasukan nanti kita akan dapat mengatasinya. Pemikiran sebegini akan memerangkap kita nanti bukan di Liga Hoki Dunia 2 tetapi di Liga Hoki Dunia 3 nanti. Di sana mungkin kita akan bertemu pasukan pasukan ini semula atau pasukan yang sama taraf dengan mereka.
Saya tahu betapa sukarnya nanti dalam kejohanan kelayakkan terutamanya ke Sukan Olimpik dan Piala Dunia. Dalam karier saya, enam kejohanan kelayakkan saya sertai. Dalam enam kejohanan ini, kami gagal sekali untuk layak ke Piala Dunia 1994 di Sydney, Australia.
Sehingga hari ini, saya masih lagi kecewa dengan kegagalan kempen kelayakan walaupun 22 tahun ia berlalu.
Teruskan usaha keras dan berikan komitmen sepenuhnya kerana hanya usaha keras serta komitmen semua akan membantu negara melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 dan Sukan Olimpik 2020.