Ada yang merasakan bulan puasa adalah bulan terbaik untuk mengelak daripada melakukan aktiviti riadah, lebih–lebih lagi aktiviti senaman berat.

Namun, ada kepentingan untuk kekal cergas dan aktif walaupun dalam tempoh ibadah puasa menahan rasa lapar dan dahaga. Ia bergantung kepada individu itu sendiri.

Kalau kita jengah di mana-mana portal, banyak je cadangan yang diusulkan pakar dan antara sukan yang masih boleh dilakukan adalah seperti berjalan santai, yoga, tai chi dan juga berbasikal.

Hanya sekadar perkongsian, saya memilih joging, bagaimanapun ia harus la dilakukan pada waktu dan tempoh bersesuaian sebab nanti tak tahan dahaga pula lepas dah joging!

Zaman sekarang, mana–mana pun boleh jadi lokasi beriadah, baik di taman rekreasi mahupun nak bermula dari kawasan rumah, yang penting lindung diri daripada cuaca panas untuk elak rasa dahaga.

Boleh cuba beberapa jam sebelum waktu berbuka puasa dengan merancang tempoh riadah anda. Salah satu langkah yang bantu saya kekal aktif adalah amat penting untuk berada dalam kelompok positif yang memiliki minat sama. Minta tips dan nasihat, senang cerita ‘positive vibes only’!

Saya berasa teruja dipertemukan dengan pelari pempengaruh menerusi acara yang dilangsungkan antara jenama terkemuka dan diketahui khalayak rakyat Malaysia iaitu Asics. Betul–betul membuka mata saya bagaimana rasa berada dalam kelompok yang sebetulnya boleh membantu kita memperbaiki diri. Beri inspirasi -- menghabiskan larian full marathon 42 kilometer bukan la sesuatu yang mudah untuk dilakukan, kalau saya lambat lagi tu.

Tapi tak apa, yang penting ada inisiatif untuk hidup sihat, mungkin boleh bermula dengan membuat kajian bersesuaian mengenai kemampuan diri sendiri dan tetapkan target anda.

Apapun, all the best nak kekalkan momentum lagi-lagi ke arah kebaikan ni memang perlukan banyak pengorbanan, semoga bulan yang mulia ni juga turut menjadi sebab kita kumpul pahala dengan mengisi waktu lapang dengan baik dan selamat berpuasa in advance! :)