KAFE Sukan dua minggu lalu menampilkan jurulatih ragbi negara, Lee Nyuk Fah dan pengurus, Raimi Yusof serta dua tonggak pasukan kebangsaan, Mohd Syahir Asraf Rosli dan Dineshvaran Krishnan.
Nyuk Fah adalah antara orang lama yang masih menyumbang kudrat dalam ragbi.
Bekas ketua pasukan dan prop skuad negara yang berasal dari Kluang, Johor, Nyuk Fah menyarung jersi negara dari 1982 hingga 1997.
Kini berusia 56 tahun, Nyuk Fah yang mencipta nama sebagai legenda bersama RMAF Blackhawks dan skuad Angkatan Tentera, kekal merencana hala tuju skuad negara dalam ragbi 15 sepasukan.
Dalam sukan yang masih bersifat separuh profesional, Nyuk Fah mencatat nama selaku jurulatih untuk 7 sebelah dan juga 15 sepasukan.
Beberapa jurulatih asing datang dan pergi, misalnya Alan Pearson pada awal 1990-an, Mark James untuk Sukan Komanwel 1998 dan Epi Kolinavala dari Fiji namun Nyuk Fah kekal relevan mencatur barisan negara di pelbagai kejohanan.
Sama ada Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dipimpin oleh presiden seumpama Datuk Zaman Khan, Datuk Talaat Hussin, Datuk Muhiyuddin Abdullah atau Datuk Wira Amiruddin Embi, yang penting pengurusan dikepalai urusetia persatuan tahu apa yang harus dilakukan secara profesional dalam mengurus pasukan.
Dalam Kafe Sukan, Raimi mendedahkan kebajikan menjadi kunci utama memastikan pemain kebangsaan gembira dalam menyarung jersi negara.
Mungkin mereka tidak mendapat gaji atau elaun sebesar rakan-rakan bola sepak namun ada jaminan dari sudut perlindungan insurans yang melegakan sedikit pemikiran mereka jika ada kejadian tidak diingini berlaku.
Bagi Dinesh atau dipanggil Duke di Jepun dan Dugro oleh rakan-rakan, dia adalah simbol baharu untuk ragbi negara.
Berasal dari Sungai Petani, Kedah, Dinesh berdarah kacukan separuh Fiji dan India dan satu ketika dahulu obes. Kini kelab pro Liga Ragbi Jepun, Yamaha Jubilo, menganggap Dinesh sebagai aset.
Jika ragbi negara dulunya hanya mendengar nama-nama seperti Jude Rampagajouw, Badrulhisham Jamaluddin, Khusainy Ishak, Farid Rahman, Yusli Ramli, Sarbini Daud, Azwan Azimi, Boon Hoon Chee dan Norakmal Mohd Nor, Dugro dan Syahir Asraf yang diberi gelaran Syaho harus diangkat sebagai legenda.
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Syaho dipilih untuk memasuki SSBJ pada 2002 setelah menyerlah di dalam kejohanan ragbi sentuh peringkat sekolah rendah.
Dikepalai Dinesh dan Syahir Asraf, skuad negara berada pada ranking tertinggi dalam sejarah, iaitu ke-58 mengikut ranking IRB.
Tentu sekali ada beberapa elemen yang membantu.
Berbanding dengan skuad bola sepak negara yang keberatan menggunakan tenaga naturalisasi, ragbi sudah lama membuka pintu kepada pemain asing.
Tanpa pemain seperti Atunaisa Lacadamu Takubu, Vatimio Rabebe, Isoa Vuluma Turuva, Sae Falupega dan Eto Vauka Sakuru, misi menjadi juara Kejohanan Ragbi Asia (ARC) tentu sukar, apalagi menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE). dalam laluan menjuarai Divisyen 2 ARC Mei tahun lalu.
Mereka membawa dimensi berbeza dengan kekuatan fizikal mereka.
Dengan gabungan sentuhan pemain tempatan, diadunkan dengan tenaga naturalisasi serta perancangan Nyuk Fah, skuad ragbi negara harus menerima suntikan semangat beraksi di tempat sendiri.
Namun kisah semalam tersimpan dalam lipatan sejarah. Minggu kedua Mei nanti, Nyuk Fah dan anak buahnya berdepan cabaran seterusnya – bagaimana untuk kekal dalam Divisyen 1 ARC.
Malaysia diletakkan sekumpulan dengan Sri Lanka, Filipina dan Singapura yang dijemput menggantikan Kazakhstan. Juara Divisyen 1 berpeluang bersaing dalam Divisyen Tri-Nations kelak.
Gambar dari kiri Raimi, Nyuk Fah, penulis, Akbar Sahari, Syahir Asraf dan Dineshvaran
JADUAL ARC DIVISYEN 1
8 Mei
Sri Lanka mln Singapura (2.30 petang)
Malaysia mln Filipina (4.30 petang)
11 Mei
Filipina mln Singapura (2.30 petang)
Malaysia mln Sri Lanka (4.30 petang)
14 Mei
Sri Lanka mln Filipina (2.30 petang)
Malaysia mln Singapura (4.30 petang)
(Semua perlawanan di Kelab Raja Selangor)
Ends