“Atas dasar tanggungjawab, saya lepaskan Terengganu".
Siapa yang mampu menjangkakan keputusan yang bakal terpacul daripada mulut jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim, sebaik Terengganu melewati kekalahan terakhir 3-5 kepada PJ City di bawah kendaliannya.
Pertemuan dengan ahli exco dan persatuan tertinggi sehari selepas tragedi dimalukan di laman sendiri berlaku minggu lalu.
Ia hanya mesyuarat untuk menyatakan sebab dan perkara apa yang perlu diperbaiki pada masa akan datang, langsung tidak menyebut kedudukan jurulatih itu bersama TFC.
Atas rasa tangggungjawab, Irfan meneruskan hasrat berat yang bukan sahaja sukar diterima pihak pengurusan dan penyokong tetapi juga dirinya sendiri.
Itu maruah yang dijaga Irfan sejak dari dahulu lagi.
“Keputusan ini amat berat untuk dibuat, tetapi apa yang berlaku kepada skuad Terengganu sepenuhnya atas tanggungjawab saya, dan ini yang terbaik".
"Hakikatnya, ia bukan silap siapa-siapa, skuad telah buat yang terbaik, barisan kejurulatihan pun sama tetapi nasib Terengganu sahaja yang memisahkan mereka dengan PJ City”.
Ia tidak berakhir di situ, keputusan Irfan membawa mudarat kepada kesihatannya buat beberapa hari apabila beliau terpaksa mendapatkan rawatan peribadi di rumahnya di Kuala Terengganu.
Kekalahan yang dianggap tragedi, keputusan yang besar untuk dirinya akhirnya membawa mudarat buat Irfan.
Tipu kalau kata apa yang berlaku tidak bawa sebarang makna untuk pengandali ini, sedangkan bola sepak adalah nyawa keduanya.
PBSNT tidak pernah berpatah arang dengan pengendali ini dah masih meneruskan hasrat untuk menggunakan khidmat Irfan, cuma ketika ini keputusan sudah dibuat oleh pengendali kelahiran Kelantan ini.
Jumpa lagi Irfan Bakti musim hadapan...