Selepas 56 perlawanan, tinggal lapan pasukan daripada 32 yang bersaing dalam Piala Dunia Russia. Kejutan, drama, sumpahan, dan kebangkitan menjadi ramuan yang menyempurnakan acara sukan terbesar dunia ini.
Uruguay lawan Perancis
Hanya dua pasukan kekal dengan rekod empat kemenangan setakat ini, Uruguay memiliki barisan pertahanan yang paling ampuh diketuai oleh Diego Godin sementara dua penyerang berbisa, Edinson Cavani dan Luis Suarez memastikan jaringan terhasil buat mereka.
Kecergasan Cavani kini menjadi satu kebimbangan menjelang pertemuan pada Jumaat ini. Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu tidak dapat menamatkan perlawanan kerana mengalami kecederaan betis selepas meledak dua gol untuk meleburkan harapan Cristiano Ronaldo dan Portugal menjulang Piala Dunia.
Selepas lolos ke pusingan kalah mati dengan persembahan kurang memberangsangkan, Perancis mula menampilkan aksi cemerlang menerusi gerakan lincah Kylian Mbappe untuk menyingkirkan Argentina 4-3.
Tugas lebih sukar perlu ditempuhi ketika berdepan Uruguay yang tidak akan memberikan banyak ruang kepada Mbappe untuk menghasilkan peluang tetapi barisan tengah yang berkualiti akan menjadi pemisah ketika kedua-dua pasukan bertembung.
Brazil lawan Belgium
Sama seperti Uruguay, Brazil turut memiliki rekod pertahanan yang bersih, bolos hanya satu gol dalam empat perlawanan serta menampilkan peningkatan demi peningkatan dalam permainan dan Neymar telah meledak gol keduanya dalam kejohanan kali ini ketika beraksi berdepan Mexico (perlawanan pusingan kalah mati).
Seri 1-1 dengan Switzerland, Brazil merekodkan tiga kemenangan berturut-turut (ke atas Costa Rica, Serbia dan Mexico) sekali gus mara ke pusingan suku akhir buat kali ketujuh berturut-turut, malah dalam perjalanan untuk menamatkan mimpi buruk empat tahun lalu -- kekalahan 7-1 kepada Jerman di laman sendiri dalam separuh akhir.
Belgium bakal menjadi ujian terbesar Brazil di Kazan pada Jumaat ini, tetapi ketua jurulatih, Roberto Martinez, akan merancang semula strategi pasukan selepas melakar kebangkitan untuk menang ke atas Jepun 3-2 selepas ketinggalan 2-0.
Jepun mengambil kesempatan menghasilkan jaringan menerusi formasi 3-4-2-1 yang diterapkan Martinez sebelum Jan Vertonghen, Maroune Fellaine dan Nacer Chadli memastikan slot suku akhir buat Red Devils.
Bekas pengendali Everton itu perlu mencari keseimbangan dan menggunakan kualiti terbaik Kevin De Bruyne, Eden Hazard dan Romelu Lukaku tanpa membuka ruang buat lawan melancarkan serangan.
Sweden lawan England
Tanpa pemain yang benar-benar menonjol, Sweden tetap dilihat sebagai pasukan yang efektif dan menggunakan status pasukan bukan pilihan dengan sebaik mungkin apabila mengecewakan Belanda dan Itali dalam pusingan kelayakan sementara hampir berkongsi mata dengan Jerman di Russia.
Selepas 24 tahun, Sweden meneruskan perjalanan indah mereka dan kembali ke suku akhir Piala Dunia dan memiliki kemungkinan untuk terus mengejutkan bola sepak dunia.
Bebas daripada sumpahan penentuan sepakan penalti selepas menewaskan Colombia, England merupakan pasukan pilihan untuk ke separuh akhir Piala Dunia sejak 1990.
Mendahului permainan hingga minit ke-92 di Moscow, Colombia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Yerry Mina tetapi kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti memberikan kepercayaan nafas baru yang bakal dihembus skuad kendalian Gareth Southgate itu.
Russia lawan Croatia
Tuan rumah menampilkan persembahan yang tidak mengecewakan penyokong selepas melakar kemenangan ke atas juara dunia 2010, Sepanyol.
Selama 120 minit, Sepanyol mendominasi permainan sebelum mengejutkan mereka dan perlu mengulangi persembahan yang sama ketika berdepan Croatia.
Antara pasukan yang menyerlah dalam saingan peringkat kumpulan, Croatia seperti hilang arah berdepan Denmark sebelum memerlukan penentuan sepakan penalti bagi memastikan tiket ke suku akhir.
Tuah sering kali tidak menyebelahi Croatia dalam aksi pusingan kalah mati tetapi mereka bangkit daripada kegagalan Luka Modric menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-94, Croatia turut memiliki peluang mara jauh dalam saingan Piala Dunia kali ini.