Skip to main content

Rencana

Prestasi sementara, keunggulan sepanjang zaman

tigerwoods.jpg
Kalau diminta menyenaraikan lima atlet terbaik di dunia pasti nama individu ini terlepas daripada pemikiran anda.

Tiger Woods.....Woods satu ketika dahulu bukan sahaja akan berada dalam senarai itu, malah berupaya berada di kedudukan paling atas.

Tetapi skandal kehidupan peribadi, siri kecederaan dan akhirnya kemerosotan prestasi menyaksikan Woods cemar legasinya tersendiri.

24 September 2018 Woods kembali mengingatkan dunia mengapa dia pernah dijulang sebagai terbaik dunia.

Selepas lima tahun, dia menamatkan kemarau kejuaraan tersendiri apabila mengungguli "Tour Championship" di Kelab Golf East Lake Atlanta Georgia.

Sebagai seorang yang dianggap "Prodigy" atau bakat menakjubkan sejak kecil, Woods melalui kerjaya yang penuh pengajaran.

Pada bila-bila masa dia boleh sahaja menyimpan kayu golf waktu dihujanji pelbagai krisis, tetapi kekal utuh untuk tutup mulut pengritik.

Juga pengajaran bagaimana seorang yang memiliki kemampuan luar biasa tidak terasing daripada melakukan kesilapan.

Tiger Woods membuktikan prestasi bersifat sementara, keunggulan kekal sepanjang zaman.

Advertisement

Must Watch Video