Skip to main content

Rencana

Positif dengan skuad Ong Kim Swee

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

161116-b.jpg
Kemenangan skuad kebangsaan ketika perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea melegakan sedikit barisan kejurulatihan untuk menghadapi saingan Piala Suzuki AFF yang hanya tinggal beberapa hari lagi. 

Walaupun ada sedikit ruang yang perlu dibaiki oleh barisan kejurulatihan, namun skuad kebangsaan kali ini nampak lebih bersedia dalam menghadapi kejohanan, terutama daripada aspek mental dan fizikal.

Apa yang lebih penting, skuad kebangsaan ketika ini perlu mengekalkan keharmonian dan nilai kekeluargaan untuk memastikan apa yang ingin dicapai dalam kejohanan kali ini. 

Ia juga tugas yang begitu genting buat  Datuk Ong Kim Swee dalam kejohanan kali ini kerana ia akan menjadi penentu hala tuju kerjaya beliau sebagai jurulatih kebangsaan.

Walaupun pelbagai tekanan dan kritikan dilemparkan kepada OKS, namun sokongan perlu diberikan kepada  beliau untuk menghadapi Piala Suzuki AFF kali ini. 

Memang beliau pernah gagal dalam merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk merangkul pingat emas di temasya Sukan SEA tahun lalu, namun ruang perlu diberikan kepada beliau.

Dengan menampilkan ramai pemain muda kali ini, ia menampakkan perubahan dan perancangan jangka panjang telah dilakukan untuk pasukan kebangsaan. 

Ruang perlu diberikan kepada pemain-pemain muda ini kerana mereka merupakan aset kepada pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Kepercayaan dan keyakinan kepada pemain-pemain muda ini perlu diberikan oleh semua, tidak kira pemain berpengalaman dan juga peminat. 

Dengan sokongan itu pasti akan membuka minda mereka untuk terus memberikan aksi terbaik bagi mengangkat nama Malaysia ke peringkat tertinggi.

Sama-sama kita berdoa agar skuad Piala Suzuki AFF ini mencapai kejayaan ketika memburu matlamat mereka. 

Selain itu, kita juga perlu positif buat masa ini dengan kemampuan serta keputusan yang dibuat OKS bersama barisan kejurulatihan skuad kebangsaan. 
Selamat maju jaya kita ucapkan kepada mereka semua. 

Kredit imej: OfficialHarimauMalaysia

Advertisement

Must Watch Video