Skip to main content

Rencana

Popular vs kualiti?

ronaldo-modric-salah_.jpg
Senarai pendek untuk gelaran anugerah pemain terbaik FIFA telah dikeluarkan dengan menyaksikan Cristiano Ronaldo, Mohamed Salah dan Luka Modric bakal berentap untuk merangkul gelaran terulung itu.
 
Dengan senarai yang telah dikeluarkan ini menyaksikan beberapa nama besar dari pencalonan awal telah dikeluarkan antaranya Lionel Messi, Harry Kane, Antoine Griezmann, Eden Hazard, Kylian Mbappe,Kevin De Bruyne dan Raphael Varane.
 
Walau bagaimanapun, terdapat kejutan yang berlaku pada tahun ini apabila Lionel Messi gagal menempatkan dirinya bersama 3 individu teratas dan juga ketiadaan penyerang sensasi Brazil, Neymar yang langsung tidak disenaraikan dalam 10 pemain terbaik.
 
Sebelum ini anugerah FIFA telah digabungkan bersama anugerah Ballon d'Or pada tahun 2010 sehingga 2015. Namun begitu pada tahun 2016, FIFA telah mewujudkan kembali anugerah ini dengan Cristiano Ronaldo merangkul anugerah berprestij itu dua tahun berturut-turut.
 
Ketika ini Cristiano dan Messi adalah penerima terbanyak anugerah pemain terbaik FIFA dengan masing-masing telah merangkul 5 gelaran.Namun begitu dengan ketiadaan Messi disenarai pendek menyaksikan Cristiano berpeluang untuk mempertahankan gelaran itu buat tahun ketiga berturut - turut.
 
Walaubagaimanapun senarai akhir yang dikeluarkan menyaksikan Luka Modric menjadi calon utama merangkul anugerah FIFA tahun ini apabila beliau baru sahaja dinobatkan pemain terbaik UEFA 2018 disamping membantu Real Madrid menjulang piala Liga Juara-Juara dan membawa Croatia ke perlawanan akhir Piala Dunia.
 
Bagi Mohamed Salah pula pencalonannya kali ini tidak mengejutkan ramai pihak apabila pencapaian yang dilakukannya bersama Liverpool sangat luar biasa dan berjaya mencetak 44 gol bersama Liverpool. Namun begitu di Piala Dunia beliau kurang menyerlah ekoran kecederaan yang berlaku ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara dengan menyaksikan Mesir terkandas di peringkat kumpulan.
 
Anugerah Terbaik FIFA tahun ini akan diadakan pada 24 September di London dan akan dibahagikan kepada sembilan kategori berasingan, termasuk: Pemain Lelaki terbaik, Penjaga gol Terbaik, Jurulatih Lelaki Terbaik, Pemain Wanita Terbaik, jurulatih Wanita Terbaik, Anugerah FIFA Fair Play, Anugerah Puskas FIFA, Anugerah penyokong FIFA dan FIFA FIFAPro World11 .
 
 

Advertisement

Must Watch Video