Hampir 15 bulan lalu, perpindahan rekod dunia berjumlah GBP89 juta (RM485 juta) melibatkan Paul Pogba dari Juventus ke Manchester United dianggap sebagai satu harga yang tidak masuk akal.
Rasa sangsi itu dibalas dengan kejayaan menjulang Piala Liga dan Liga Europa pada musim lepas, membuatkan pengurus United, Jose Mourinho, mempertahankan Pogba sambil menyifatkan nilai yuran itu bakal menjadi “kejutan” pada musim 2017/18 dan tekaan tersebut tepat apabila Paris Saint-Germain (PSG) melengkapkan pembelian Neymar pada Ogos lalu dengan rekod baru berjumlah GBP198 juta (RM1.08 bilion).
Persoalannya, adakah Pogba benar-benar telah membuktikan kepulangan semulanya ke Old Trafford sesuatu yang berbaloi buat United?
Bekas bintang Juventus itu membantu menghasilkan jaringan Antonio Valencia dan Anthony Martial ketika membenam Stoke City pada Selasa lalu, membolehkannya berkongsi tangga teratas dalam senarai bantuan jaringan liga bersama dua pemain Manchester City, Leroy Sane dan Kevin De Bruyne, dengan jumlah sembilan kali.
Bagaimanapun, harus diingat bahawa Pogba hanya memerlukan 13 penampilan untuk melakukannya dan empat daripada jumlah itu hadir dalam dua perlawanan terakhir, berbanding Sane (21) dan De Bruyne (23).

Pogba bukanlah seorang bintang yang akan menjaringkan gol dalam setiap perlawanan tetapi pengaruhnya dalam rentak permainan amat jelas dilihat sejak awal musim ini dan dalam 14 penampilan terakhir buat United, dia telah menghasilkan empat gol dan 10 bantuan jaringan.
Lihat sahaja kesan besar di bahagian tengah yang dipamerkan pemain seperti Luka Modric (Real Madrid), Miralem Pjanic (Juventus) serta Arturo Vidal (Bayern Munich) walaupun tidak selalu meletakkan nama dalam senarai penjaring gol.
Ternyata tekanan yang diterima ketika kembali ke Old Trafford pada musim lalu telah reda dan membuatkan Pogba lebih selesa untuk mempamerkan aksinya yang sebenar.
Pogba yang terkenal dengan hantaran dan percubaan dari jarak jauh serta pemain yang sering menggunakan kekuatan fizikal dalam kawalan bola mula dapat disaksikan dengan lebih kerap.

Sekurang-kurangnya, peminat-peminat Manchester United sudah boleh menarik nafas lega kerana jentera tengah Red Devils kembali memiliki seorang jeneral selepas ketandusannya selama beberapa musim.
Walaupun kejuaraan liga musim ini menyaksikan United agak sukar untuk mengejar pendahulu, Manchester City, yang dibezakan dengan 12 mata tetapi perkembangan positif dalam setiap perlawanan pastinya memberikan sesuatu yang menggembirakan penyokong-penyokong skuad bimbingan Mourinho.
Apa yang pasti, pembelian Pogba kini bukan lagi satu “pembaziran”.