Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April 2020 dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.
Situasi ini pastinya memberikan impak terhadap sukan negara.
Jika sebelum ini penulisan saya terarah kepada isu pemotongan gaji pemain setelah tertangguhnya saingan Liga Malaysia akibat penularan Covid-19, kali ini saya ingin membincangkan mengenai status perjalanan liga.
Sepanjang minggu ini juga di dada akhbar utama turut memfokuskan isu ini, terutamanya apabila beberapa bekas pemain bola sepak negara menyuarakan pandangan agar Liga Malaysia musim ini dibatalkan.
Saya tertarik kepada kenyataan bekas pertahanan kebangsaan, Datuk Jamal Nasir, yang berpendapat bahawa mustahil liga dapat diteruskan andai tempoh PKP ditamatkan kerana ia perlu melihat saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyeru agar semua masyarakat tidak menyertai sebarang bentuk perhimpunan dalam tempoh enam bulan hingga setahun.
Seorang lagi bekas pemain, Khalid Ali, juga menyuarakan pandangan sama. Andai liga diteruskan tanpa penonton sekalipun, ia bukanlah pelaksanaan yang baik kerana kemungkinan penularan wabak boleh berlaku dalam kalangan pemain, pegawai dan pertugas perlawanan yang berlangsung.
Manakala bagi pihak berwajib, Malaysia Football League (MFL), sememangnya sudah bersedia dengan beberapa pilihan atlernatif bagi meneruskan kalender bola sepak tempatan sekiranya tempoh PKP dilanjutkan, menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Abd Ghani Hassan pada 5 April lalu.
Jadi, liga akan diteruskan atau tidak? Pandangan saya bukannya mudah untuk membuat keputusan segera. Ia memerlukan perbincangan semua pihak, termasuklah rakan penaja sambil berpandukan saranan badan bola sepak dunia FIFA dan AFC.
Mungkin bagi sesetengah pasukan yang bersaing dalam liga utama tempatan senada mahukan liga dibatalkan kerana tidak mahu menanggung bebanan kewangan, tetapi seperti saya katakan bahawa perkara ini perlu memikirkan semua pihak. Bukannya semudah kata-kata dengan ‘batalkan saja liga’.
Sebagai contoh, sebelum ini Belgium adalah negara Eropah pertama mengumumkan untuk menamatkan liga lebih awal tetapi keputusan itu mungkin berubah kerana kemungkinan akan menarik semula apabila Liga Pro Belgium merasakan mereka perlu bersandarkan kepada saranan UEFA. Malah sehingga kini liga utama di Eropah belum memutuskan sama ada meneruskan atau membatalkan liga.
Oleh itu, usahlah kita terburu-buru mendesak agar keputusan segera perlu dilakukan. saya percaya pihak FAM dan MFL punyai perancangan.
Buat semua, sama-sama kita doakan agar rantaian pandemik Covid-19 segera berakhir dan sekaligus kemeriahan liga bolasepak tempatan dapat diteruskan.