Impian skuad hoki wanita negara mahu membawa pulang pingat gangsa masih belum tertutup selepas tiga perlawanan Kumpulan A Sukan Asia 2018 setakat ini.
Lebih-lebih lagi, pasukan kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu berjaya mencuri satu mata dengan China apabila seri 2-2 pada aksi kedua, baru-baru ini.
Sebelum ini, ramai meragui mengenai sasaran Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang mahu melihat skuad wanita meraih gangsa dalam Sukan Asia 2018 kerana sering kali menjadi pasukan tempat kelima di rantau Asia.
Bagaimanapun, pasukan yang dikenali sebagai The Malaysian Tigress itu membuktikan sebaliknya dengan 'merantai' negara ranking ke-11 dunia yang baru sahaja beraksi di Piala Dunia London 2018, baru-baru ini.
Ia sebenarnya membuktikan kesungguhan pemain-pemain untuk merealisasikan sasaran tersebut bagi mengulangi pencapaian terbaik skuad negara, iaitu kutipan gangsa sewaktu edisi 1982 di New Delhi, India.
Setakat ini, skuad wanita sudah mengumpul tujuh mata dan menghasilkan 21 jaringan dalam tiga perlawanan hasil seri 2-2 dengan China selain dua kemenangan, 8-0 ke atas Hong Kong serta 11-0 terhadap Taiwan.
Pakar flick Malaysian Tigress, Nuraini Abdul Rashid, juga berada pada prestasi terbaik apabila mendahului carta penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol.
Nuraini meledak hatrik dalam aksi pertama menentang Hong Kong tetapi gagal menemui sentuhan jaringan ketika bertemu China, namun kembali menggegar Gelora Bung Karno, Indonesia dengan ledakan lima gol sewaktu membelasah Taiwan.
Skuad The Malaysian Tigress, nombor 22 dunia, perlu sekali lagi mencipta kejutan, kali ini menewaskan Jepun untuk mengesahkan slot sebagai dua pasukan terbaik ke pentas separuh akhir.
Jika diukur rekod pertemuan kedua-dua pasukan sejak kebelakangan ini, kelebihan memihak kepada skuad negara dengan dua kemenangan daripada tiga perlawanan.
Skuad wanita menang 2-0 sewaktu Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2016 pada Mei lalu sebelum tewas tipis 0-2 ketika Piala Asia 2017, namun kembali bangkit dengan kemenangan 3-2 pada ACT 2018, Mei lalu.