Tempoh hari Malaysia akhirnya merasmikan jersi terbaru mereka untuk digunakan ketika kejohanan AFF Suzuki 2016 yang akan berlangsung di Myanmar 19 November ini. Menampilkan rona hitam sebagai baju tuan rumah, dan putih untuk digunakan sebagai pasukan pelawat.
Ironinya, di sebalik tohmahan, cercaan, makian, herdikan dan pelbagai lagi kata-kata nista dilemparkan terhadap prestasi pasukan kebangsaan di media massa, masyarakat masih lagi ambil berat dan topik hangat dibincangkan adalah rekaan terbaru jersi pasukan kebangsaan.
Ibarat pisang goreng panas yang laris, sehari selepas jersi pasukan Harimau Malaysia dilancarkan, 418 unit jersi kebangsaan yang bernilai RM 16,720 telah pun dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis.
Itu cerita dalam negara, dalam kalangan negara ASEAN yang bertanding juga tidak kurang hebatnya memperkenalkan busana baru untuk hadapi Piala Suzuki AFF 2016.
Selain Malaysia, Singapura dan Indonesia juga akan menggunakan jenama sukan Nike. Singapura menggunakan rekaan baru oleh Nike namun terlalu suram meskipun menampilkan warna rasmi mereka, merah dan biru.
Lain pula dengan Indonesia, mereka kekal gunakan rekaan jersi yang yang dipakai sejak AFF 2014, dipercayai ada kaitan dengan penggantungan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) oleh FIFA sejak 2015.
Bagi negara gajah putih, Thailand, mereka boleh berbangga kerana bakal menggunakan jenama sukan tempatan, Grand Sport. Dengan rekaan yang menarik serta fabrik yang berkualiti tinggi, ia dilihat setanding dengan jenama-jenama sukan antarabangsa. Walaubagaimanapun, jersi ini juga telah pun digunakan oleh pasukan Thailand ketika saingan kelayakan piala dunia. Selain Thailand, Vietnam juga menggunakan jenama Grand Sport.
Filipina dengan jolokan The Azkals tampil dengan kelainan untuk edisi kali ini. Tidak lagi menggunakan Puma seperti sebelum ini, Filipina menaruhkan jenama tempatan, LGR yang makin popular dalam kalangan penduduk Filipina sendiri. LGR sudah pun menjadi pembekal pakaian bukan sahaja untuk pasukan bola sepak kebangsaan Filipina, tetapi sukan-sukan lain seprti bola keranjang, bola tampar, berbasikal dan juga olahraga.
Dan jenama yang sudah sebati dengan Piala Suzuki AFF semestinya jenama FBT. Ia sudah lama digunakan sejak kejohanan ini digelar Piala Tiger lagi. Kemboja dan Myanmar adalah dua pasukan yang masih setia menggunakan jenama yang diasaskan di Siam.
Jadi untuk AFF edisi kali ni, jersi mana yang jadi pilihan anda?