Selepas kejayaan menakjubkan di pentas sepak takraw dunia baru baru ini bukan sahaja selaku juara malahan aspek penganjuran jadi kelebihan Malaysia ditawarkan selaku tuan rumah Piala Asia tahun hadapan.

Sesuatu yang harus kita banggakan.

Mungkin segelintir akan berkata takraw je pun,namun bagi keluarga sepak takraw negara ia satu petanda positif untuk sukan ini kembali berada sebaris dengan seteru utama Thailand ketika pasukan pasukan lain jugak sudah menampakkan peningkatan yang cukup membanggakan.

PSM kini dilandasan terbaik dibawah Presiden Datuk Mohd. Sumali Reduan boleh diangkat selaku arkitek baru sepak takraw dengan keinginan yang begitu menebal mahu pengurusan badan induk sepak takraw diurus dengan lebih berjaya dan ianya sudah menampakkan hasilnya.

Jika dilihat perancangan sebenar skuad takraw negara dijangka meletup di pentas sukan asia tetapi kejayaan itu hadir lebih awal.Menang satu hal nak kekalkan prestasi pasti akan jadi tumpuan.

Apa pun tahniah PSM yang kembali buka mata ramai pihak yang sebelum ini mungkin agak menyampah bila disebut PSM..

Selamat Datang Sepak Takraw Piala Asia 2025 ke bumi Malaysia.