Pengarah kejurulatihan seperti siapa lagi yang Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu atau perlukan?
Jangan kata pengarah kejurulatihan, pengarah teknikal, pengarah prestasi Tinggi, ketua jurulatih pun pernah ada.
Daripada yang berstatus legenda seperti Datuk Razif Sidek sehingga ikon badminton dunia, Morten Frost, ramai sudah memikul tanggungjawab sebagai "Supremo"
Ini belum sembang mereka yang terlepas.
Park Joo Bong dan Rexy Mainkay, dahulunya pernah melatih skuad beregu lelaki negara kemudian diucap selamat tinggal.
Kini sudah julang Jepun dan Thailand ke kedudukan lebih baik berbanding Malaysia.
Kalau dengan Frost boleh rujuk balik tak akan tak boleh dengan Rexy?
Atau nak cuba balik bakat tempatan seperti bekas perseorangan no.1 negara, Wong Choong Haan?
Bekas perancang no 1 China, Li Yongbo, khabarnya sedang senang goyang kaki tetapi kena yakinkan dia kalau betul berminat.
Setakat ajak-ajak ayam, lupakan sahaja, biar serius dalam pendekatan kalau dia yang dirasakan berupaya jadi pencetus kebangkitan badminton negara.
Pada dasar dan segala hakikatnya, kalau yang dilantik tidak diberi mandat penuh, kitaran turun naik kejam yang membelenggu badminton negara ini akan berterusan.