Perebutan kerusi panas selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini menjadi saingan dua penjuru apabila Datuk Seri Azim Zabidi mengambil keputusan menarik diri daripada persaingan jawatan itu di Kongres FAM bulan depan.
Bekas Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kini akan bersaing dengan Setiasuaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.
Berlandaskan pengalaman penulis berurusan dengan dua tokoh ini sepanjang 15 tahun selaku wartawan sukan, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam memimpin persatuan.
Ketika imej Kelantan kembali melonjak di Liga M dari 2009 hingga 2013, Annuar ketika itu berjaya menghidupkan semula budaya bola sepak di negeri itu.
Namun, KAFA mula berdepan kekangan masalah kewangan selepas musim 2013 yang turut menyaksikan beberapa tonggak utama pasukan turut berhijrah ke pasukan lain.
Situasi itu sedikit sebanyak pasti turut memberi kesan kepada imej Annuar selaku Presiden KAFA ketika itu..
Hamidin pula penulis kenali sekitar 2003, ketika itu penulis baru berjinak-jinak dengan kewartawanan sukan.
Pembabitan Hamidin dengan pengurusan bola sepak bermula dengan Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor sebelum mendapat kepercayaan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selaku Setiausaha Agung persatuan itu pada 1995.
Sebelum dilantik selaku Setiausaha Agung FAM pada Jun 2013, Hamidin turut pernah menjawat kerusi Naib Presiden FAM dan mengepalai beberapa jawatankuasa penting di persatuan itu.
Ini membolehkan Hamidin mempunyai kekuatan lebih di peringkat akar umbi kerana di situlah pembabitannya selaku pentadbir bola sepak bermula.
Selain itu, Hamidin tidak terbabit dengan mana-mana parti politik dan jika mendapat kepercayaan ahli gabungan dia akan menjadi presiden sepenuh masa di FAM.
Bagi penulis, Hamidin mempunyai sedikit kelebihan berbanding Annuar.
Apa pun segala-galanya terserah kepada ahli gabungan negeri membuat keputusan siapa pilihan mereka untuk mengepalai FAM selepas ini.