Skip to main content

Rencana

Persediaan terburuk Syakilla..

syakilla_1.jpg
Hampa dan kecewa.

Itulah rumusan paling tepat buat atlit karate wanita negara Syakilla Salni Jefry Krishnan, yang gagal tempah sebarang pingat bagi aksinya di Sukan Asia kali ini.

Ketika harapan disandarkan kepadanya dan dibalas dengan kegagalan sumbang emas buat negara, Syakilla menegaskan, segalanya berpunca dari tekanan yang dihadapi sebelum bermula saingan.

"Saya melewati persediaan terburuk menjelang saingan di Sukan Asia". Tegas Syakila

Ia berikutan isu disiplin dan masalah berat badan yang ditimbulkan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) sehingga ada ancaman yang dikeluarkan MAKAF untuk menarik balik penghormatan membawa bendera Malaysia ketika majlis pembukaan Sukan Asia di Gelora Bung Karno lalu.

"Tertekan? Ya saya sangat tertekan, persediaan saya tidak selancar seperti mana saya sertai mana-mana kejohanan sebelum ini. Dan inilah hasilnya".

Syakila juga akui kekecewaan yang dirasa pengendalinya Andre Vasiljevs, namun masih belum membincangkan hal itu secara terbuka.

"Saya tahu dia kecewa dengan prestasi saya, mahu tidak mahu saya perlu bangkit dan maju kehadapan, mungkin tiada rezeki saya di sukan Asia tapi tidak bermakna, saya sedang melewati penurunan prestasi yang bersifat kekal".

Bukan hanya Syakilla, karate negara melewati prestasi terburuk mereka di Sukan Asia kali ini, selepas hanya membawa pulang satu gangsa sahaja menerusi Prem Kumar Selvam.

Advertisement

Must Watch Video