Ringkas status sosial media salah seorang rakan baik saya pagi ini. Cukup untuk menjelaskan betapa dia senang dengan kejayaan kelab kesayangannya yang membuktikan nilai sepasukan lebih berharga berbanding individu, walaupun mempunyai pasaran beratus juta pound.
Tak perlu saya huraikan apa impak buat kedua pasukan sebaik berakhirnya pertemuan yang berlangsung di Anfield ini kerana anda boleh dapatkannya di Nadi Arena.
Saya lebih berminat untuk menyentuh kisah yang dikongsikan Alex Oxlade-Chamberlain yang juga salah seorang penyumbang jaringan kemenangan 4-3 Liverpool keatas Manchester City.
Pemilik nama Alexander Mark David Oxlade-Chamberlain ini berhijrah dari Arsenal ke Liverpool dengan nilai perpindahan £40 juta pada Ogos 2017.
Apa yang dilakukannya ketika The Reds perlukan kemenangan dari aksi ke-23 liga ini cukup menyenangkan.
Dia memberi amaran tentang kebolehan sebenar kepada pihak lawan dengan gol pembukaan dan meniupkan kembali semangat rakan sepasukan dengan membantu Roberto Firmino menjaringkan gol.
Tidak hairanlah pemerhati bola sepak melabel ia aksi terbaiknya bersama Liverpool setakat ini.
Siapa sangka jaringan pada minit ke-59 itu menjadi permulaan kepada penghasilan tiga gol dalam tempoh kurang 10 minit.
Bagi Oxlade-Chamberlain, itu bukan luar biasa kerana mereka pernah melakukannya ketika mencapai tahap terbaik sepasukan.
Imbas kembali ketika mereka menewaskan Swansea City dan pendatang baru, Brighton and Hove, pada Disember tahun lalu, Firmino antara watak yang merekod gol untuk situasi seperti itu.
Atas sikap profesional mereka, tiada istilah memandang rendah keupayaan lawan, dan sebab itu juga ia mampu dilakukan ketika menentang pasukan hebat musim ini, City.
Bercakap tentang kehebatan The Citizens sebagai pendahulu liga, Oxlade-Chamberlain mengakui pertemuan pada awal pagi Isnin itu menguji kawalan emosi mereka.
Jika pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, terlepas mengeluarkan perkataan kasar ketika temubual secara langsung di tv selepas aksi, seperti satu bentuk kelegaan dapat melepaskan beban yang dipikul sepanjang 90 minit aksi, Oxlade-Chamberlain yang mengisi posisi tengah pula hilang kata-kata sebaik mereka berjaya mempertahankan kelebihan daripada 4-1 kepada 4-3.
Senang cerita, kalau Oxlade-Chamberlain ini boleh bertutur dalam bahasa melayu ala-ala "pasar", ayat dia lebih kurang macam inilah "goyang juga lah masa City nak buat comeback tu" kerana bagi pemain dengan ketinggian 1.8 meter ini, keputusan seri bermakna mereka tewas dan gagal tetapi yang penting sekarang ini, Liverpool sudah berjaya meraih tiga mata berharga dan mencapai misi kemenangan tanpa Philippe Coutinho.
Liverpool dapat pula bonus dengan menjadi pasukan yang disegani musim ini sebab berjaya muncul pasukan pertama menewaskan City dalam liga domestik, dengan reputasi hebat mereka iaitu kebal dalam 39 aksi.