Insiden pergaduhan seusai perlawanan ‘derby’ Manchester di Old Trafford, Ahad lalu, tidak akan menghentikan perang mulut di antara Jose Mourinho dan Pep Guardiola, sebaliknya hanya akan memarakkan api sengketa kedua-duanya.
Pada ketika Mourinho mempersoalkan tingkah laku Manchester City susulan sambutan kemenangan mereka yang dianggapnya ‘keterlaluan’, rakan sejawatannya, Guardiola mengakui beliaulah yang merangsang pemain-pemainnya agar meraikannya.
Pemain sayap City, Leroy Sane, memuat naik sekeping foto bagaimana The Citizens meraikan kemenangan 2-1 itu dengan konfeti berterbangan di dalam bilik persalinan mereka, yang membuatkan Mourinho ‘angin satu badan’.
Gara-garanya juga selain bunyi bising dari bilik persalinan pasukan pelawat itu, Mourinho menyerbu ke sana hanya untuk didepani oleh penjaga gol, Ederson, yang mencetuskan pertengkaran –seterusnya menyaksikan ‘The Special One’ bermandikan siraman air minuman dan susu sebagai tanda ‘selamat datang’ daripada pemain-pemain City.
Satu pergaduhan singkat yang membabitkan 20 pemain dan pegawai kedua-dua pasukan tercetus, dengan penyerang United, Romelu Lukaku, dikatakan memburukkan keadaan sebelum kapten City, Vincent Kompany, turut serta sebelum ia berakhir.
Guardiola tampil memberi penjelasan bahawa dia yang menggalakkan pasukannya untuk ‘berpesta’ tetapi menafikan tingkah laku mereka adalah keterlaluan.
Ditanya jika pemain-pemainnya berlebih-lebihan dalam meraikan kemenangan mereka, Guardiola dipetik oleh BBC Sport sebagai berkata: “Sudah pasti tidak. Kami bergembira. Kami menang ‘derby’ dengan Manchester United, salah satu pencabar terkuat kami.”
Pemain-pemain City pada mulanya meraikan kemenangan di hadapan penyokong mereka, dan staf kejurulatihan cuba mendesak agar Guardiola menyertai mereka tapi dia enggan.
Selepas pemain dan pegawai pasukan memasuki terowong, Mourinho ketika itu difahamkan menunjukkan rasa tidak senang hatinya di luar bilik persalinan pasukan pelawat ketika sedang menuju ke bilik sidang media.
“Sejurus tamat perlawanan, pemain-pemain berjabat tangan – tiada sebarang masalah – dan sebilangan pemain saya pergi meraikannya dengan penyokong sebagaimana biasa,” kata Guardiola.
"Selepas itu, kami masuk ke bilik persalinan dan saya menggalakkan pemain-pemain saya meraikan kemenangan kami, tapi sudah pasti, hanya dalam bilik persalinan.
“Sudah tentu juga dengan rasa hormat kepada lawan kami, bukan hanya Manchester United.
“Apabila kami kalah, kami perlu menerimanya dan apabila menang, kami cuba meraikannya.
“Saya adalah orangnya yang menggalakkan mereka untuk meraikannya pada waktu itu tetapi sesama sendiri. Itulah yang kami lakukan.”
Persatuan Bolasepak England (FA), Isnin lalu, menyatakan kedua-dua pasukan diberi sehingga hari ini (Rabu) untuk menjawab permintaan supaya mengemukakan penjelasan masing-masing terhadap insiden yang berlaku.
“Selepas apa yang terjadi, harap-harap ia tidak akan berulang lagi,” kata Guardiola. "Apapun yang berlaku, kami akan menjelaskannya kepada siasatan FA. United juga akan melakukan perkara yang sama.”
Guardiola menambah: "Kami bergembira. Kami baru menang ‘derby’ menentang United, yang ketika ini pencabar terkuat kami untuk menjuarai Liga Perdana.
“Jadi, adakah orang ramai menjangkakan kami tidak akan meraikannya? Kami meraikannya tapi saya fikir seperti ketika United menang ‘derby’ mereka meraikannya, apabila Arsenal menang dengan United mereka meraikannya. Tapi di mana? Di dalam bilik persalinan.
"Ia memang betul. Kami berpeluk-pelukan dan terloncat-loncat kerana kami berasa gembira. Saya fikir semua pasukan di seluruh dunia berasa gembira apabila mereka menang ‘derby’.
Mourinho, yang tampil dalam sidang media semalam menjelang perlawanan dengan Bournemouth, enggan mengulas kenyataan rakan sejawatannya itu.
“Itu dia kata, dia kata. Saya bukan berada di sini untuk mengulas apa yang dia kata.
“Satu-satunya yang boleh saya katakan ialah pada saya, ia adalah satu persoalan mengenai perbezaan – perbezaan dalam tingkah laku, perbezaan dalam pendidikan, setakat itu saja, tidak lebih daripada itu.”
Mourinho dan Guardiola -- dari dulu lagi -- tidak pernah bersependapat dan harus selamanya demikian.