Ini yang terbaru dan ini harus yang paling mengejutkan berkaitan perkelahian besar seusainya pertemuan dua musuh setempat Manchester di Old Trafford, Ahad lalu.
Sekonyong-konyong beberapa pemain Manchester United dilaporkan tertanya-tanya jika pertelingkahan yang berlaku berikutan kekalahan 1-2 mereka kepada Manchester City itu mungkin dicetuskan dengan sengaja oleh Jose Mourinho sendiri.
Laporan akhbar-akhbar British mencadangkan keributan yang berlaku itu didorong oleh tindakan Mourinho memasuki bilik persalinan pasukan pelawat selepas perlawanan untuk membantah sambutan kemenangan mereka yang dianggapnya keterlaluan.
Pengurus berbangsa Portugis itu yang gemar menggelar dirinya sendiri ‘The Special One’, dikatakan bertegang urat dengan penjaga gol City, Ederson, sebelum keadaan menjadi tidak terkawal dengan berteriak kepada satu sama lain dan botol-botol plastik air minuman dan susu berterbangan.
Akhbar The Daily Mail, yang pertama melaporkan kejadian itu, mendakwa sesetengah pemain Manchester United kini tertanya-tanya kemungkinan Mourinho sengaja mencetuskan perkelahian besar itu untuk mengapi-apikan semangat perjuangan pasukannya bagi mengharungi baki musim yang sebenarnya masih amat panjang.
Berkaitan dengan Mourinho, kata laporan itu, anda tidak akan boleh berasa pasti terhadap apa yang tersirat sebenarnya, apatah lagi ‘The Special One’ sentiasa sarat dengan helah dan tipu-daya.
Motivasinya untuk berbuat demikian – andainya benar – harus boleh difahami di atas kesedaran cabarannya akan semakin sukar buat The Red Devils dengan jurang besar 11 mata yang memisahkan mereka dengan City selepas kekalahan itu.
Juga bukankah ini musim kedua Mourinho bersama United? Rekod lampau dalam karier pengurus berbangsa Portugis itu akan menunjukkan musim keduanya dengan pasukan-pasukan terdahulu yang dikendalikannya lazimnya akan berkesudahan dengan kejuaraan.
Turut diuar-uarkan, kata laporan The Daily Mail itu lagi, sebilangan pemain United berasa kesal dengan beberapa rakan sepasukan mereka yang terbabit dalam pergaduhan dengan pemain-pemain City, dengan kesedaran adalah lebih baik untuk memendam dendam dan kemarahan mereka sehingga kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi nanti.
City akan menjadi tuan rumah kepada ‘Derby Manchester 2.0’ di Stadium Etihad pada April tahun depan.
Dalam pada itu, turut dilaporkan bahawa pemain pertahanan, Marcos Rojo, mengetuai rakan-rakan sepasukannya keluar dari bilik persalinan mereka untuk memulakan perkelahian dengan pemain-pemain City.
The Daily Mail mengandaikan Rojo yang tidak berbaju dengan pelbagai tatu penuh di badannya, memperagakan aksi ala Rambo mengerah pemain-pemain lain agar menyerang bilik persalinan City sejurus mendengar Mourinho terkena balingan botol air minuman ke kepalanya.
Mourinho dilaporkan telah disimbah air dan terkena balingan botol plastik oleh pemain City ketika memuncaknya pertelagahan di dalam terowong pemain sebelum pemain-pemain United selebihnya turut terbabit sama.
Empat pemain United -- Ander Herrera, Marcus Rashford, Axel Tuanzebe dan Luke Shaw – dikatakan menyusuli Rojo menuju ke bilik persalinan City di mana pemain tengah, Fernandinho, dipercayai turut ditumbuk.
Lebih daripada 20 pemain dan staf pasukan dikatakan terbabit dalam pergaduhan yang berlaku sebelum pemain veteran United yang berusia 36 tahun, Michael Carrick, cuba untuk meleraikan mereka.
Pada ketika United dan City menyalahkan satu sama lain sebagai punca tercetusnya perkelahian besar itu, Mourinho mungkin duduk bersendirian di satu sudut sambil tersenyum penuh muslihat.
(BERSAMBUNG)