Staf kejurulatihan dan pemain-pemain Manchester City dikatakan adalah pencetus perkelahian besar di Old Trafford, Ahad lalu, angkara mempersendakan penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, demikian menurut laporan akhbar-akhbar British.
Sebelum itu, pengurus United, Jose Mourinho, diuar-uarkan menjadi punca apabila dikatakan naik berang dengan sambutan keterlaluan City sejurus kemenangan 2-1 mereka di Old Trafford yang melebarkan pendahuluan The Citizens di singgahsana Liga Perdana Inggeris kepada 11 mata selepas hanya 16 perlawanan.
‘The Special One’ didakwa menyekolahkan penjaga gol City, Ederson, agar menunjukkan lebih rasa hormat, dengan perbalahan kedua-duanya membawa kepada perkelahian pemain kedua-dua pasukan yang menyaksikan botol plastik air minuman berterbangan dari arah berlawanan di dalam terowong pemain.
Sambil pertelagahan staf dan pemain kedua-dua pasukan berlanjutan di ruang di antara bilik persalinan masing-masing, khabarnya satu komen mengenai Ibrahimovic dikatakan menjadi pencetus perkelahian besar yang membabitkan 20 pemain/pegawai hingga penolong jurulatih City, Mikel Arteta, berlumuran darah gara-gara luka di atas keningnya.
Menurut satu laporan sebuah akhbar Sepanyol, Marca, staf dan pemain City telah mempersendakan Ibrahimovic ketika kedua-dua pihak sedang bertelagah, dengan komen yang berbunyi: “Ibra, anda bercakap banyak tapi bergerak terlalu sedikit!”
Komen itu dikatakan memprovokasi Ibrahimovic dan rakan-rakan sepasukan Unitednya, yang sudah pun berang dengan kebisingan dalam bilik persalinan City selepas kemenangannya – mereka bernyanyi-nyanyi dan menari-nari dengan iringan muzik yang membingitkan, seolah-olah mempersendakan pasukan tuan rumah itu.
Kebetulan, beberapa daripada staf City pernah bekerja secara singkat di Barcelona dengan Ibrahimovic – yang diketahui mempunyai hubungan dingin dengan Pep Guardiola selaku pengurus di Camp Nou pada waktu itu.
Kata-kata penghinaan itu harus amat menghiris hati Ibrahimovic, yang dikerah berehat sekian lama gara-gara kecederaan lutut pada April lalu yang hampir-hampir menamatkan karier bermainnya, hinggakan dia belum lagi diturunkan dalam kesebelasan permulaan United melainkan sebagai pemain gantian – perlawanan Ahad lalu tidak terkecuali apabila dia hanya dimasukkan dalam 15 minit terakhir.
Dalam pada itu, timbul juga laporan penyerang United, Romelu Lukaku, melonjak mengatasi pengurusnya, Mourinho, di kemuncak perkelahian pemain kedua-dua pasukan untuk menyerang pemain-pemain City.
Menurut laporan akhbar The Sun, Lukaku – yang berang dengan cemuhan penyokong United gara-gara ‘membantu’ kedua-dua gol City dalam kemenangan 2-1 pasukan pelawat itu – cuba menerkam ke arah pemain-pemain City untuk beradu kekuatan di dalam terowong pemain.
Dalam pada itu, dilaporkan juga bahawa tidak banyak rakaman kamera CCTV yang diperoleh daripada perkelahian besar di dalam terowong pemain itu sejurus perlawanan selesai.
Pengadil, Michael Oliver, dan pembantu-pembantunya pula tiada ketika perkelahian berkenaan tercetus dan kini segala-galanya terpulang kepada hujah kedua-dua pasukan terhadap apa yang sebenarnya berlaku seperti yang dituntut oleh Persatuan Bolasepak England (FA).
Kedua-dua pasukan kini berdepan sejumlah denda besar kerana mencemarkan perlawanan dan berkelakuan tidak budiman.
(BERSAMBUNG)