Jose Mourinho berteriak kepada penjaga gol Manchester City, Ederson, “tunjukkanlah rasa hormat’” (dalam Bahasa Inggerisnya, “ f*****g show respect”) yang rata-rata dianggap menjadi punca perkelahian selepas berakhirnya perlawanan ‘derby’ Manchester di antara United dan City di Old Trafford, Ahad lalu.
Seperti dirumuskan oleh beberapa akhbar British, insiden itu tercetus selepas United diaibkan oleh kekalahan 1-2, yang meninggalkan skuad kendalian Mourinho itu 11 mata di belakang City bimbingan Pep Guardiola yang semakin selesa di singgahsana Liga Perdana Inggeris.
Mourinho jugalah yang mengapi-apikan perang psikologi sebelum perlawanan musuh setempat itu dengan menggelar pemain-pemain City sebagai mudah melakukan apa juga simulasi dengan “mudah rebah sekalipun ditiup angin”.
Sejurus pasukannya ditundukkan oleh jaringan David Silva dan Nicolas Otamendi di antara gol penyamaan Marcus Rashford – dua gol City melalui set-piece itu dianggapnya kemudian sebagai memalukan sedangkan rayuan penaltI United pada lewat permainan tidak diendahkan pengadil apabila Ander Herera rebah dalam kawasan penalti – Mourinho sudah pun naik angin.
Anginnya merebak ke satu badan apabila terganggu oleh kebisingan dan keriuhan daripada bilik persalinan City selepas perlawanan itu.
Dengan pintu bilik persalinan pelawat itu dibiarkan ternganga, pengurus kepala angin United itu dilaporkan membentak kepada pemain-pemain City supaya memperlahankan bunyi muzik yang dimainkan mereka untuk meraikan kemenangan penuh bermakna pada malam itu.
Ederson, yang berada paling hampir dengan Mourinho di hadapan pintu bilik persalinan City pada waktu itu, dikhabarkan bertegang urat dengan pengurus berbangsa Portugis itu.
Menurut laporan akhbar The Guardian, Mourinho menukar tutur-katanya daripada berbahasa Portugis kepada Bahasa Inggeris: “You f******g show respect. Who are you?” (Kamu patut tunjukkan rasa hormat. Siapakah kamu).
Mourinho juga dikatakan menuduh Ederson – penjaga gol dari Brazil yang bahasa ibundanya adalah Portugis – sengaja melengah-lengahkan masa dalam perlawanan itu dengan memalsukan kecederaan. (Ederson terpaksa menerima bantuan staf perubatan pasukan selepas satu percubaan jarak dekat Romelu Lukaku singgah tepat ke mukanya.)
Pertelingkahan itu kemudian segera disertai pemain dan staf kedua-dua pasukan yang menjadikan keadaan lagi tidak terkawal.
Mikel Arteta, salah seorang staf kejurulatihan City, mengalami luka di atas keningnya gara-gara dibaling suatu minuman sukan yang diuar-uar dilakukan oleh penyerang United, Lukaku.
Satu karton susu turut dibaling pemain City ke arah Mourinho sebagai tindak balas. Ia tidak tepat mengenai Mourinho tetapi singgah ke dinding di belakangnya lalu terpercik ke muka pengurus itu.
Pemain kedua-dua pasukan kemudian terpaksa dileraikan staf keselamatan yang berkawal di terowong pemain menuju ke bilik persalinan masing-masing.
Pegawai-pegawai United dan City kini dikehendaki Persatuan Bolasepak England (FA) mengemukakan penjelasan masing-masing terhadap apa yang sebenarnya terjadi.
Ia tidak berkemungkinan insiden terbaru ini akan didiamkan saja melainkan akan ada tindakan yang bakal dikenakan – persoalannya ialah apa tindakannya dan kepada siapa.
(BERSAMBUNG)