Skip to main content

Rencana

Perginya Lauda matinya F1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

niki-lauda.jpg
Dunia permotoran meratapi pemergi seorang legenda, Niki Lauda yang menempa nama ketika era 70 & 80an.

Meskipun tidak berpeluang menyaksikan dia beraksi secara langsung, kelangsungan kerjaya Lauda mudah disaksikan menerusi arkib, penulisan dan karya fiksyen.

Antara susur yang mewarnai legenda Lauda adalah perseteruan hebat dengan pelumba penuh karisma, James Hunt.

Tetapi dia paling dikenang atas kebangkitan semula daripada kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawa.

Perlumbaan di Nurburgring 1976 menyaksikan dia terperangkap dalam jentera Ferrari yang dijilat api sebelum dia berjaya diselamatkan.

Selepas rehabilitasi yang menyaksikan dia terlepas dua perlumbaan berikutnya pada musim 1976 itu, dia melalui fasa persaraan dan kemunculan semula.

Selepas memenangi kejuaraan dunai 1977 dan 1985 dia memutlakkan kehidupan di dalam jentera untuk baki kehidupannya.

Bagaimanapun pengaruh Lauda tidak berupaya memisahkan dia dengan litar dan perkembangan moden sukan ini.

Hari ini, Formula 1 tidak lagi mengujakan berbanding zaman Lauda, Ayrton Senna dan Michael Schumacher.

Disamping perubahan demi perubahan kepada peraturan perlumbaan dan jentera serta dominasi pasukan tunggal, F1 juga menghampiri penghujung hayat sebagai sukan yang berupaya bangkitkan keghairahan.

Mungkin Lauda pergi sebelum matinya sukan dicintai dia.

Advertisement

Must Watch Video