Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin akan menjadi malam pesta dengan bermandikan cahaya bunga api pada malan ini apabila bakal berlangsungnya majlis penyampaian hadiah juara Liga Super 2018.
Bukan lagi rahsia, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjulang piala kejuaraan berprestij itu buat kali kelima berturut-turut selepas perlawanan menentang Kelantan di stadium berkenaan.
Namun, ia hanya akan menjadi 'malam JDT' kerana tumpuan warga bola sepak tanahair ketika ini adalah persaingan merebut gelaran naib juara membabitkan lima pasukan iaitu Perak, PKNS FC, Pahang, Kedah dan Terengganu.
Debarannya cukup dirasai susulan berlaku perubahan kedudukan di antara pasukan itu pada ketika saingan berbaki dua perlawanan, sekaligus menghidupkan semula suasana liga tempatan yang telah mengulangi episod anti-klimaks.
Kenapa tempat kedua jadi rebutan?
Persoalan ini menarik untuk diperkatakan kerana mungkin ramai yang beranggapan tempat kedua Liga Super tidak menawarkan apa-apa pulangan lumayan. Tanggapan itu sebenarnya silap kerana ada perkara menarik yang menanti pemenang tempat kedua.
Tiket Liga Juara-Juara Asia 2019.
Ketika ini, Pahang selaku juara Piala FA 2018 belum dijamin tempat ke kejohanan berprestij itu kerana mereka dalam penggantungan dilarang memohon lesen Kelab AFC selama dua tahun susulan enggan menyertai saingan Piala AFC musim ini.
Slot itu hanya akan menjadi milik skuad Tok Gajah jika rayuan yang akan dibuat pasukan dan mendapat 'pengampunan' daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetapi persoalannya, apa yang akan berlaku jika ia ditolak?
Kerjasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) yang kini dikenali sebagai Malaysia Football League (MFL) menerusi satu artikel yang diterbitkan pada 18 Julai 2018 menyatakan slot play-off itu akan diberikan kepada naib juara Liga Super Malaysia 2018.
Timbul pula persoalan, bagaimana jika Pahang juga meraih tempat kedua?
Berdasarkan kenyataan dalam artikel itu, slot itu ia akan menjadi milik pasukan yang menduduki tempat ketiga dan boleh jatuh kepada pasukan di tangga keempat, kelima atau keenam kerana semuanya bergantung kepada kelayakan pasukan beraksi dalam kejohanan itu.
Jadi, tidak hairanlah, perebutan takhta nombor dua liga semakin sengit dan mendebarkan dengan ketika ini Perak berkelebihan tiga mata ke atas PKNS FC yang membuat kejutan melonjak ke tangga ketiga liga.