Selepas saingan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, dua minggu lalu, hanya segelintir peminat bola sepak yang menjangkakan Kedah mampu melangkah ke final Piala Malaysia musim ini.
Dibolosi tiga gol dan ketinggalan dua kali sebelum mengikat Pahang di laman sendiri, Kedah diramal sekadar berpuas hati dengan status juara Piala FA bagi tahun 2019 tatkala skuad Tok Gajah kendalian Dollah Salleh itu masih tercari-cari trofi musim ini.
Namun, skuad Lang Merah bimbingan Aidil Sharin Sahak itu membuktikan tiada apa yang mustahil dalam bola sepak apabila mencipta lima gol di Stadium Darul Makmur untuk mara ke pentas akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Jadi, apa yang menanti dalam final?
Lawan seterusnya, Johor Darul Ta'zim (JDT), sudah pasti mahu mengesahkan status selaku pasukan terunggul di Malaysia tahun ini setelah mengekalkan trofi Liga Super di selatan tanah air.
Ketika Selangor 'gempar' dengan gol sagu hati yang diraih di Larkin dalam separuh akhir pertama sambil dengan buas menanti kehadiran skuad Harimau Selatan itu, Safawi Rasid muncul pemusnah dengan ledakan hatrik di Shah Alam, sekali gus memadamkan api semangat dalam jiwa peminat Merah Kuning.
Berdasarkan rekod lima pertemuan terakhir kedua-dua pasukan sebelum aksi final Sabtu ini, JDT dilihat lebih ampuh dengan tiga kemenangan dan satu seri.
Berbekalkan penggempur utama, Diogo Santo, pasukan kendalian Benjamin Mora itu tampak memiliki barisan depan yang lengkap, ditambah dengan bantuan Safawi dan Gonzalo Cabrera di bahagian sayap.
Dalam kem Hijau Kuning, berdepan rangkaian tiga pemusnah JDT mungkin tidak menggentarkan gandingan Rizal Ghazali, Renan Alves, Shakir Hamzah dan Azmeer Yusof di barisan bawah, lebih-lebih lagi selepas menamatkan 'riwayat' Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi musim ini.
Cuma, Rizal dan Alves akan tersisih gara-gara menghimpun kad kuning.
"Tiada bintang dalam pasukan ini, namun kami tidak mahu mengalah," itu reaksi Aidil Sharin selepas aksi di Kuantan, Sabtu lalu dan pastinya ia bakal menjadi slogan semangat buat Kedah yang bakal tampil selaku bukan pilihan di Bukit Jalil, Sabtu ini.
Justeru, aksi ulangan final edisi 2017 di Stadium Nasional tiga hari lagi bakal diserikan dengan nafsu dua juara di Malaysia musim ini yang mahu menamatkan kempen 2019 dengan gelaran berganda.
Sama ada JDT mengulangi pencapaian 2017 atau trofi Piala Malaysia kembali ke Alor Setar selepas tiga tahun, segalanya bakal terjawab hujung minggu ini.