Ibarat Barcelona jumpa Real Madrid!
Itu yang sering diperkatakan oleh peminat bola sepak tanahair membabitkan apa sahaja pertemuan Pahang menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
Apa tidaknya, permusuhan kedua-dua pasukan sering menghangatkan kancah bola sepak tempatan sejak beberapa tahun lalu disebabkan kredibiliti pasukan di dalam dan luar padang.
Menariknya kali ini, mereka akan turun berentap ketika kedua-duanya sedang bersaing sengit di puncak Liga Super dan cemerlang dengan rekod 10 perlawanan tanpa kalah musim ini.
Memasuki aksi terakhir pusingan pertama liga, JDT mendahului Pahang dengan kelebihan dua mata, sekali gus bakal menyaksikan pemenang dalam pertemuan itu nanti akan dinobat sebagai juara pusingan pertama liga.
Namun, pertemuan itu dianggap seimbang buat kedua-dua pasukan berdasarkan prestasi semasa walaupun skuad bimbingan Dollah Salleh mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri.
Senario semasa menyaksikan barisan pemain JDT sedikit kepenatan kerana baru sahaja selesai dengan komitmen dalam Liga Juara-Juara Asia berbanding lawan yang tampak lebih segar menjelang aksi di Kuantan itu.
Tetapi, situasi semasa juga sebenarnya tidak memihak Pahang berikutan tonggak utama, Dickson Nwakaeme, dihimpit kecederaan hamstring selain Nor Azam Azih yang masih begelut untuk cergas sepenuhnya daripada kecederaan lama.
Jika 'orang besi' tidak sempat untuk pulih, Pahang dijangka berdepan ranjau untuk meraih kemenangan kerana pemain dari Nigeria itu dilihat mampu menjadi pemusnah utama kepada skuad JDT.
Sememangnya, perkembangan menarik untuk ditunggu mengenai status Dickson bagi perlawanan itu dan yang lebih menarik aksi 'El Clasico Malaysia' pasti akan menawarkan keterujaan buat peminat.