Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, percaya pasukannya akan menjadi lebih baik dari musim lepas.
Lebih baik daripada berbagai aspek seperti pungutan mata, persembahan pemain dan juga segala aspek di atas padang.
Keyakinan itu dilaungkan beberapa hari sebelum perlawanan pertama mereka berdepan Arsenal.
Ketika ditanya pihak media mengenai sasaran pada musim baru ini, Pep berkata beliau hanya mahukan Manchester City menjadi lebih baik dari musim lalu.
Biarpun hanya melakukan satu pembelian dengan mendapatkan Riyad Mahrez dari Leicester City, namun beliau amat yakin dan percaya dengan barisan pemain sedia ada.
Pada musim lalu, The Citizens muncul pasukan pertama mengutip 100 mata di saingan liga, selain meninggalkan jauh pasukan di tangga kedua dengan 19 mata.
Barisan pemain yang dimiliki dari posisi penjaga gol hingga penyerang juga dilihat begitu ampuh jika dibandingkan dengan pasukan lain. Cuma kegagalan mara jauh pada Liga Juara Juara Eropah sahaja yang mencacatkan sedikit rekod cemerlang Pep Guardiola musim lalu.
Terbaru, pada perlawanan Piala Perisai Komuniti, Manchester City dilihat mudah menumbangkan pasukan Chelsea dengan keputusan 2- 0. Persembahan yang dipamerkan oleh City juga dilihat cukup berkeyakinan dan bertenaga.
Andai City mampu mempertahankan kejuaraan liga pada musim baru ini, Pep Guardiola akan mencipta sejarah selaku pasukan pertama yang memenangi Piala Perisai Komuniti dan kejuaraan liga dalam satu musim.
Penulis walaupun bukanlah peminat Man City, namun penulis tidak dapat menafikan bahawa Pep Guardiola memang seorang individu istimewa dalam dunia bola sepak.
Kemana sahaja beliau pergi, akan ada kejayaan, sejarah, kenangan dan juga rekod yang akan dilakukan. Sama ada di Sepanyol, Jerman dan kini England, Pep mampu memukau semua peminat bola sepak dunia dengan corak bola sepak menarik.