RENCANA
Penyokong Liverpool, maafkan United!
Harapan seluruh peminat Liverpool termasuk pemain mereka seperti James Milner dan Trent Alexander-Arnold yang menjadi penyokong nombor satu Manchester United, malam tadi, musnah apabila United tewas 0–2 di tangan The Citizens.
Keputusan itu secara tidak langsung menyulitkan harapan The Reds untuk menamatkan kemarau hampir 30 tahun kempunan menjulang kejuaraan liga, dalam masa sama ia terus memberikan harapan positif buat Manchester City dalam mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi musim lalu.
Jurang kualiti pemain di antara United dan City jelas kelihatan dengan pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer, dengan bersahaja mengatakan City sudah berada dalam kelas yang tersendiri.
Iklan
United pula kini masih terumbang-ambing di tangga keenam liga dan kemungkinan besar terlepas peluang berada di kedudukan empat terbaik dalam liga jika sekali lagi tewas ketika berdepan Chelsea.
Di atas kertas, segalanya nampak akan berjalan lancar buat Manchester City memandangkan baki tiga perlawanan terakhir mereka adalah berdepan Burnley, Leicester City dan Brighton.
100 peratus tumpuan juga boleh diberikan kepada aksi liga memandang mereka telah pun tersingkir daripada saingan UCL.
Tambahan pula, tarikh aksi final Piala FA adalah selepas berakhirnya saingan liga.
Jalan ceritanya berbeza bagi skuad Liverpool.
Tiga perlawanan terakhir mereka adalah berdepan Huddersfield, Newcastle United dan pasukan yang sedang meningkat naik, Wolverhampton Wanderers.
Dalam pada itu, mereka masih perlu berdepan gergasi La Liga, Barcelona, dalam perlawanan separuh akhir UCL.
Dengan tekanan pastinya memuncak buat kem Liverpool, Dayang percaya andai mereka keciciran mata dalam saingan liga, di tambah pula terkeluar daripada saingan UCL, ianya akan menjadi penamat paling mengecewakan buat Jurgen Kloop memandangkan Liverpool merupakan pasukan paling banyak berbelanja untuk musim 2018.
Bagaimanapun, harus diingat bahawa Liga Perdana Inggeris sentiasa menjanjikan kejutan luar biasa, mungkinkah Liverpool akan menjulang kejuaraan liga? Mungkinkah United akan menamatkan saingan liga di kedudukan empat terbaik? Tiada siapa yang tahu…
Must-Watch Video