Dalam Piala Dunia 2018, Jepun tewas 2-3 kepada Belgium, penyokong sambil menangis mengutip botol dan sampah di stadium. Indonesia tewas 3-2 kepada Malaysia tetapi buang botol ke arah pemain negara.
Dua situasi berbeza namun ini kisah benar.
Tingkah laku penyokong melambangkan kematangan budaya negara itu sendiri.
Tewas dalam pusingan 16 terbaik setelah mendahului Belgium 2-0 dalam Piala Dunia, sesiapa sahaja tahu penyokong Jepun akan memberontak dengan penuh emosi, tetapi mereka masih menunjukkan etika yang amat disanjungi oleh seluruh dunia apabila masih membersihkan kawasan tempat duduk di stadium.
Bilik persalinan ditinggalkan bersih dan berkilat, juga dengan nota terima kasih dalam bahasa Rusia untuk menunjukkan tanda penghargaaan kepada tuan rumah.
Di Surabaya, pasukan B-19 Indonesia tewas kepada musuh tradisi, Malaysia, melalui penentuan sepakan penalti 2-3 yang membawa kepada tingkah laku buruk penyokong mereka dengan membaling botol dan pelbagai objek ke arah pemain Malaysia yang terkejut dan terpaksa berlari ke bilik persalinan untuk menyelamatkan diri.
Penyokong fanatik Indonesia sentiasa mencari alasan untuk memberontak terhadap Malaysia.
‘No thanks’ juga kepada kesilapan Malaysia yang mencetak bendera Indonesia terbalik di dalam buku panduan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.
Sentimen ketidakpuasan hati sudah bermula berpuluh tahun dahulu di antara kedua-dua negara jiran ini dan dalam pemikiran saya, untuk berbaik semula dengan sepenuhnya amat kecil kebarangkaliannya.
Gaduh, gaduh juga, tetapi biarlah beradab dan hormati antara satu sama lain.
Wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom telah membuat liputan komprehensif dari Surabaya sejak hari pertama kejohanan, meluahkan pandangannya di artikel Stadium Astro.
“Mungkin ini cara mereka meluahkan rasa kecewa dengan kegagalan demi kegagalan di tangan Malaysia, namun sebagai manusia bertamadun, pendekatan ini sangat tidak wajar.
Tiada semangat kesukanan sebenar sehingga sampai tahap sanggup mencederakan pasukan pelawat, dan cubaan mencederakan juga begitu jelas.”
Mungkin penyokong Jepun perlu beri kelas etika penyokong kepada semua penyokong sukan di dunia.
Apapun, kita harap insiden ini tidak mengecutkan pasukan Bojan Hodak dalam merangkul kejuaraan bertemu Myanmar di Final nanti.