Berbanding sorakan bersemangat yang diharapkannya, Gareth Bale semakin kerap menerima siulan ejekan daripada penyokong Real Madrid hingga merencatkan keyakinannya.
Jangkaan sentiasa tinggi buat pemain antarabangsa Wales itu di Santiago Bernabeu.
Namun, kegagalannya melonjakkan diri selepas perpindahan Cristiano Ronaldo pada 2018, sekadar memuncakkan kekecewaan penyokong Los Blancos terhadapnya, apatah lagi pemain berjersi nombor 11 itu lebih ghairah bercakap mengenai golf yang digilainya berbanding bola sepak.
“Kami menerima banyak tekanan dalam setiap perlawanan. Jika anda tidak bermain dengan bagus, tumpuan terhadap anda akan berganda,” katanya kepada podcast golf AS, The Erik Anders Lang Show, seperti dipetik akhbar sukan harian Sepanyol, MARCA.
“Saya berdepan 80,000 penonton di dalam stadium (Bernabeu) yang tidak berhenti-henti bersiul kerana saya tidak bermain dengan baik. Ia sudah berlaku beberapa kali. Jelas, ia bukan sesuatu yang anda inginkan,” katanya lagi.

Keadaannya seolah-olah hampir pada setiap musim panas, Real Madrid akan tertanya-tanya apakah Bale akan kembali ke puncak prestasinya. Kini, mereka akan berdepan situasi yang sama pada musim bunga pula kerana musim yang terlengah gara-gara pandemik COVID-19.
Los Blancos memerlukannya untuk menyerlahkan semula persembahan terbaiknya – cuma kali ini ia tidak diharapkan berlaku sepanjang sembilan bulan, cukup sekadar 11 perlawanan yang masih berbaki musim ini.
Dengan kelab itu kini harus pasrah dengan kehadiran Bale untuk setahun lagi – tiada sebarang tawaran buatnya untuk berpindah musim panas ini – mereka hanya mampu berharap untuk terus mengerah yang terbaik daripadanya.
Selasa lalu menandakan genap dua tahun sejak gol berganda Bale dalam kemenangan 3-1 ke atas Liverpool dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Olympiyskiy, Kiev pada 26 Mei 2018 – kenangan terakhir daripada prestasi terhebatnya.
Namun, sepanjang dua tahun selepas itu menghadirkan rentetan penuh duka buatnya.
Pernah suatu ketika dia bermula dengan baik di bawah pengawasan Julen Lopetegui tapi ia segera lenyap apabila Santiago Solari mengambil alih sebagai pengurus dan berlanjutan apabila Zinedine Zidane kembali ke kelab berkenaan.
Pengurus berbangsa Perancis itu mahukan Bale dijual ke sebuah kelab Liga Super China tahun lalu tapi langkah itu juga tidak menjadi kesudahannya.
Setakat musim 2019/20 ini, dia hanya menyumbat tiga gol dalam 18 perlawanan di samping terus kebuntuan jaringan dalam LaLiga Santander sejak 1 September lalu.
Namun, tempoh saingan yang terhenti dek COVID-19, seakan-akan membawa hikmah buatnya.

Bale telah berlatih tanpa sebarang kecederaan yang menyaksikan fizikalnya kembali ke tahap terbaik untuk Zidane menaruh harapan semula terhadapnya dalam baki 11
perlawanan bermula 11 Jun ini.
“Ramai orang nampaknya bermasalah dengan keghairahan saya terhadap golf,” tambah Bale, “sedangkan ia memberi saya kelegaan daripada tekanan dalam bola sepak untuk saya berasa segar dan lebih baik dalam perlawanan seterusnya.”
Sama ada ia benar begitu, penyokong akan ternanti-nanti untuk menghakiminya.