Akan tiada lagi penghargaan buat pengadil tempatan di pentas final selepas ini?
Itu yang membelenggu fikiran penulis sebaik keputusan menggunakan pengadil luar diterjemahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas dasar permintaan daripada penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Mana-mana aksi final dalam saingan Liga Malaysia umpama anugerah tertinggi untuk seorang pengadil jika mereka diberi kesempatan untuk mengadili pentas final.
Apa tidaknya, selepas bertungkus lumus bermula dari awal musim, sudah pasti pentas final umpama anugerah buat mana-mana pengadil yang akan dipilih di atas kapasiti kecemerlangan mereka sepanjang musim.
Namun, kali ini, hal itu tidak berlaku.
Sebaliknya, pengadil luar lebih diberikan hak untuk mengadili aksi besar seperti pentas final Piala FA melibatkan Perak dan Kedah malam esok, yang tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum sepak mula.
Dalam kemeriahan menantikan final yang bakal menentukan siapa juara baru Piala FA, kita sudah sedia maklum barisan pengadil yang akan mengadili aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu adalah dari Jepun, iaitu Takuto Okabe, yang dibantu penolong pengadil, Akane Yagi dan Osamu Namura.
Perlu juga di ambil kira, pengadil tempatan selepas ini akan hilang rasa teruja mereka untuk mempamerkan prestasi terbaik.
Untuk apa? penampilan di pentas final bukan lagi hak pengadil tempatan malah orang luar lebih diberi keutamaan.