Skip to main content

Rencana

Pengadil luar? Belum butang panik lagi

hamidin.jpg
“Hari paling kecewa untuk saya. Apa yang saya pertahankan akhirnya berlaku jua.”

Itu reaksi ikhlas bekas pengadil Piala Dunia Subkhiddin Salleh sebaik Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, mengesahkan aksi final Piala FA diadili pengadil dari Jepun tiga minggu lalu.

Siapa kata ia bukan perkembangan sihat. Daripada sudut lain, kehadiran pengadil luar mampu cetus impak positif buat prestasi pengadil tempatan.

Tetapi persoalannya kenapa perlu dibuka ruang buat pengadil luar untuk aksi besar seperti saingan final Piala FA yang berlangsung pada Sabtu?

"Saya akui banyak negara sudah mula terbuka dengan kehadiran pengadil luar tetapi apabila tiba hari final, biarlah hanya pengadil tempatan sahaja yang diberi peluang untuk mempamer prestasi dalam aksi final selain ia juga dianggap tanda penghargaan.

"Kebiasan pengadil luar hanya akan diberi tugasan untuk mengadili perlawanan kebiasaan dan apabila tiba aksi pentas final, pengadil temptan akan diberikan pengiktirafan untuk mengadili perlawanan, menerusi pemilihan Jawatankuasa Pengadil FAM atas dasar prestasi positif perlu konsisten sepanjang saingan liga Malaysia berlangsung."

Itu reaksi Subkhiddin yang tidak mahu impak positif dari satu aksi final Piala FA tempoh hari jadi pencetus kepada zaman kejatuhan barisan pengadil tempatan sendiri.

Turut melahirkan rasa simpati terhdap nasib yang bakal di lalui pengdil tempatan, Kapten Perak Shahril Saad yang menegaskan kelibat pengadil tempatan masih ada yang boleh diberikan pujian.

Shahrul mengharapkan semua pihak tidak sekadar melihat kesilapan seseorang individu itu sebagai penilaian keseluruhan barisan kejurulatihan tempatan sedia ada.

Pengadil sebagai anak watan Malaysia perlu diberikan penghormatan dan peluang untuk mereka menjadi lebih baik.

Advertisement

Must Watch Video